Search This Blog

Wednesday, 26 August 2015

Guitar Camp di Ilhamz Negatif Studio

Ilhamz Negatif Studio (salah satu vendor GN) akan menganjurkan
Guitar Camp bersama saudara Shamril Salleh . Bertempat di studio
mereka di Bertam,Kepala Batas, Pulau Pinang (-012 4764839)


Bayaran hanya sebanyak RM35.00, hubungi nombor tertera diatas bagi menempah tempat masing2.
Event akan berlangsung dari pukul 2pm - 6pm.

Selain itu, pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan GN workshirt, pre order dibuka sekarang
. Hubungi 012-4939152 untuk menempah. Harga promosi RM70 (tidak termasuk pos)


Saturday, 27 September 2014

Video Promo Guitar Camp GN





Bayaran sebanyak RM 50.00 boleh dibuat ke akaun Maybank Ilham Mohtar - 151052029525 sebelum tarikh tutup pada 5/10/2014. Sertakan gambar resit sebagai bukti secara whatapps /wechat ke 012-4939151 atau email ilhamcp@gmail.com. Sertakan nama penuh serta no IC bagi sijil.

Aturcara (secara am)
18/10/2014 bertempat di Ilhamz Negatif Studio, Bertam
Kepala Batas, Penang.
2pm - 3.00pm : Klinik Guitar
3.00pm - 4pm : Sound dan Tone
Break Asar berjemaah dan Jamuan Ringan
4.45pm-6pm : Praktikal II
6pm : Bersurai
* diminta membawa guitar2 masing2

Wednesday, 17 September 2014

Bengkel Seni Guitar Bersama Sham Kamikaze

Sila Klik di sini dan sini .



Bayaran sebanyak RM 50.00 boleh dibuat ke akaun Maybank Ilham Mohtar - 151052029525 sebelum tarikh tutup pada 5/10/2014. Sertakan gambar resit sebagai bukti secara whatapps /wechat ke 012-4939151 atau email ilhamcp@gmail.com. Sertakan nama penuh serta no IC bagi sijil.


Aturcara (secara am)

18/10/2014  bertempat di Ilhamz Negatif Studio, Bertam
                     Kepala Batas, Penang.

2pm - 3.30pm        : Klinik Guitar
3.30pm - 4pm        : Sessi soalan dan Praktikal I

Break Asar berjemaah dan Jamuan Ringan

4.45pm-6pm          : Praktikal II
6pm                      : Bersurai

* diminta membawa guitar2 masing2 



Wednesday, 3 September 2014

Sham Kamikaze (pt3) and Guitarist Nusantara Guitar Clinic.


Atas permintaan ramai, kita menyambung lagi sessi kita bersama Sham Kamikaze yang kita sudah memasuki bahagian 3. Tanpa membuang masa kita teruskan dengan temubual kita. Bahagian satu serta Bahagian dua boleh dibaca di sini.

GN : Assalamualaikum Sham. Nak sambung sikit untuk temubual pt 3 serta utk promo sikit Guitar clinic. Boleh kan?

SK : Waalaikumsalam, boleh..boleh.

GN: Baru2 ni telah diadakan Fender day di bentley dimana saudara juga terlibat. Bagaimana sambutan serta apa pendapat saudara tentang masa depan Fender? Yang mana sekarang begitu banyak syarikat guitar lain yang lebih modern dan murah dari Fender.

SK : Alhamdulillah, sambutan amat baik :-) Sebagaimana yang kita ketahui, Fender ialah salah sebuah syarikat pembuat gitar elektrik yang terawal, yang telah menyaksikan ribuan gitar hero dan gitaris dilahirkan atas sebab gitar ini. Insya Allah Fender akan tetap unggul dalam kelasnya yang tersendiri walau bagaimana hebat pun saingan daripada syarikat pengeluar gitar yang moden kerana Fender tidak pernah terkenal kerana kemodenannya, sebaliknya disebabkan ciri2 'vintage'nya. Masing2 ada kelebihan tersendiri :-)

GN: Begitulah jawapan seorang duta! Stratocaster telah mencapai usia 60 tahun pada tahun ini. Komen sikit.
SK: Strat telah mencapai satu tahap di mana ianya tidak perlu dipertikai atau dibandingkan dengan mana2 gitar lain. Lihat saja kepada 'Strat-style guitar' yang mana patentnya diambil daripada Strat, sekaligus membuktikan bahawa walaupun pengeluar gitar lain cuba menghasilkan pelbagai design body dan headstock yang unik dan pelbagai, kita masih melihat design ala Strat oleh pembuat gitar yang mahsyur seperti Valley Arts, James Tyler, John Suhr, dll. Selepas 60 tahun, Strat tetap unggul dan kekal dengan identitinya, di samping melahirkan legend seperti John Mayer, Eric,Jeff dan lain lain lagi lah.

GN: Di internet sekarng begitu banyak lesson serta video yang mudah didapati untuk anak2 muda sekarang belajar tentang guitar. Relevan lagikah kelas2 muzik ? Adakah saudara masih mengajar kelas guitar dan muzik?
SK:  Memang benar kita lihat di internet, begitu banyak guitar tutorial/lesson oleh pelbagai gitaris diupload. Dalam konsep pembelajaran ilmu, ilmu MESTI dipelajari secara one to one, iaitu berguru. Perlu wujud suasana pembelajaran yang interaktif dan efektif, dengan Q&A dll. Kaedah belajar menerusi internet tidak juga salah 100%, cuma ia lebih bermanfaat jika kita benar2 faham dan arif dalam memahami dan menterjemahkan apa yang diajar oleh mereka. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang sedang mempelajari sesuatu scale tidak akan faham tentang kewujudan scale tersebut secara tepat, melainkan hanya dapat memainkan scale tersebut sebagaimana yang ditunjukkan. Sebab itu, lebih ramai golongan 'copyist' dilahirkan sejak dulu berbanding dengan inventor/innovator sesuatu style/genre muzik. Lihat bagaimana Steve Vai berguru secara one to one dengan Frank Zappa telah mencorakkan siapa Vai hari ini di persada muzik antarabangsa. Guru tidak akan mengajar muridnya untuk menjadi seperti beliau, tetapi menunjukkan kaedah dan jalan dalam memahami sesuatu, seterusnya menggalakkan mereka untuk mencari atau membina identiti sebenar masing2.

GN: Guitarist Nusantara berminat untuk lebih proaktif dalam menyampaikan ilimu2 berkaitan guitar, muzik, seni merakam. Apa pendapat saudara serta nasihat tentang 'direction' yg perlu GN lakukan? di Malaysia umpamanya acara seperti guitar klinik telah sering dijalankan, manakala di barat pula banyak diadakan 'rock camp' atau 'music camp' dimana artist ternama seperti Nikki Sixx, Gene Simmons, Paul Gilbert dan sebagainya terlibat. Bolehkah kita buat juga konsep ini disini?
SK:  GN boleh mengambil langkah2 seperti menganjurkan Guitar Camp secara berkala, bukan hanya 'bermusim' seperti setahun sekali sebagai permulaan. Sebagai contoh, konsep Summer Camp di Berklee College Of Music, Boston boleh dibuat untuk pelajar2 dari seluruh dunia menghadirinya setiap tahun. Mungkin di Malaysia kita boleh buat ikut pecahan zon dan camp dilakukan 3 bulan sekali dengan lebih sistematik agar manfaat sepenuhnya dapat dikongsikan dengan seluruh warga gitaris di Malaysia. Konsep Guitar Camp lebih berkesan daripada klinik/workshop biasa kerana ia lebih panjang dan melibatkan kerjasama di antara tutor/fasilitator dengan peserta. Di US, UK, bahkan di Indonesia, konsep seperti ini telah lama diwujudkan. Insya Allah kita boleh cuba tak lama lagi. (sambil tersenyum penuh makna)

GN:  Macam studio Jamming tumbuh bagai cendawan selepas hujan dimana-mana sekarang namun perniagaan tak dapat 'sustain' kerana tak balik modal. Pendapat saudara adakah orang kurang minat jamming atau harga terlalu rendah/ tinggi? Selain jam apalagi yang boleh studio2 ni buat untuk menjana pendapatan.
SK:  Masyarakat kita sudah terbiasa dengan penjimatan dan free gift (sambil senyum) Mungkin perlu wujud lebih awareness campaign agar masyarakat kita lebih menghargai usaha pengusaha jamming studio yang mana perniagaan ini sebenarnya bukanlah satu perniagaan yang menguntungkan, bahkan turn overnya juga sangat lambat ye Ilham ye.Insya Allah kita boleh bangkitkan isu ini setiap masa yang termampu. Studio jamming juga boleh mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Music/Guitar Camp, di samping turut sama menyedarkan musicians tentang kewujudan mereka dengan lebih berkesan Insya Allah.

- Diharap pemilik studio Jamming tidak akan berputus asa malahan terus-menerus memberikan service terbaik,ok -

GN: Bukan menjadi rahsia lagi GN ingin menjemput saudara untuk menganjurkan 'guitar clinic' dan Insyaallah harapan ini akan tercapai bulan Oktober ini bermula di Pulau Pinang dan seterusnya harap ke kota2 lain. Apakah yang boleh diharapkan oleh peserta2 klinik ini (expectations) serta ilmu apa yang akan saudara kongsikan atau mungkin saudara ingin mengajukan soalan yg sama pada peserta2 kita ?
SK:  Insya Allah saya akan bawakan konsep Guitar Camp di mana para peserta digalakkan membawa gitar masing2 untuk kita sama2 berkongsi apa sahaja ilmu yang bermanfaat. Selain daripada aspek teori dan teknikal, kita juga akan membincangkan masalah yang paling common di kalangan gitaris iaitu "tak dapat cari sound" Betul tak? Kan?  Walaupun dengan amp/pedal yang sederhana, Insya Allah kita dapat result yang optimum apabila kita tahu cara mengendalikan sesuatu effect/amp dengan pemahaman tentang asas audio.

GN: Sebelum penutup, apakah projek2 muzik saudara terkini yang mungkin boleh dikongsi untuk peminat-peminat?
SK : Sekarang saya sedang produce sebuah album yang melibatkan artis2 seperti Mel Wings, Aishah dan Ali XPDC. Juga dalam proses memulakan album solo yang lama tergendala tu. Insya Allah ada kejutan dengan kemunculan guest guitarists terkemuka dari Malaysia dan antarabangsa.
GN :  Album solo ni yg ramai tak tahan! All instrumental or campur2.
SK :  Instrumental semua Insya Allah . Salam.
 GN : Salam. Jazakallah. hanya Allah membalas.

Demikianlah semua, sedikit sebanyak intro kepada aktiviti yang Insyaallah akan kita jalankan tidak lama lagi. Kita akan mulakan di Pulau Pinang acara 'Guitar Klinik" dan kalau permintaan memuaskan "Guitar Camp". Jumpa anda semua disana ok!!!

Thursday, 28 November 2013

Gathering GN 2013 di Sibu Sarawak

Pada 16 November 2013 lalu, telah berlangsung satu acara gilang gemilang yang dianjurkan oleh Guitarist Nusantara iaitu Majlis Pertemuan/Gathering GN 2013 untuk negeri Sarawak. Pada tahun ini,  Bandar Sibu telah dipilih majority dalam satu undian online yang telah berlangsung sebulan sebelum tarikh Gathering dan dipilih oleh ahli-ahli GN sendiri.
Bertempat di Rafie Cafe, iaitu sebuah kedai makan dan juga pusat jualan barangan dan pertemuan kumpulan motosikal berkuasa tinggi, penulis lihat sebagai satu tempat yang amat sesuai, santai dan tidak ketinggalan cirri-ciri ‘rock’nya.
Seramai 50 orang ahli GN telah menghadiri acara ini yang bermula pada jam 2 petang. Seawal jam 11 pagi, ahli-ahli GN yang terlibat telah mula hadir untuk setting peralatan dan juga untuk tujuan soundcheck bagi ahli GN yang bakal beraksi. CEO GN iaitu Yong Joe Black tidak dapat menghadirkan diri pada kali ini walaupun tiket kapalterbang telah beliau book seawall sebulan sebelum majlis. Ini adalah kerana beliau terpaksa pulang ke kampong untuk Ibu beliau yang dimasukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, GNers Sarawak amat bertuah kerana seorang lagi admin GN dan juga salah seorang ikon di dalam kumpulan ini, iaitu Oja Axis turut hadir member sokongan beliau dan juga mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan GNers. Selain itu, beliau juga menawarkan khidmat beliau untuk membuat ‘live’ recording session di sepanjang majlis itu.
Tepat jam 12 petang, pengerusi majlis iaitu Ajis Projam, telah memulakan majlis dengan ucapan aluan dan seterusnya menjemput semua ahli-ahli yang hadir dan juga rakan/keluarga mereka untuk menjamu selera.  Para GNers nampaknya betul-betul menjiwai sesi makan tengahari sambil beramah mesra antara satu sama lain.
Seterusnya, acara diteruskan dengan satu persembahan dari seorang Master gitar dari Sarawak iaitu Daniel Ading. Beliau menghiburkan dan memperlihatkan penguasaan teknik gitar beliau pada GNers yang hadir dengan menggoreng satu instrumental yang cukup padu dan bertenaga dari ‘Liquid Tension Experiment’ bertajuk ‘Paradigm Shift’.
Sejurus itu, seorang GNer dari Kanowit iaitu, Edward James juga telah mempersembahkan satu instrumental yang tidak asing lagi di kalangan GNers iaitu ‘The Loner’ dari Mendiang Gary Moore. Acara turut dimeriahkan dengan persembahan-persembahan hebat dari GNers lain seperti Bonifes Chuyu Barau, Freako Miko dan GN kali ini amat beruntung mendapat sokongan dari band-band tempatan seperti The Crew, One Last Song & kumpulan kugiran yang comel dan rocking (semua anggotanya perempuan), iaitu The Swan Angels.
Kemeriahan majlis makin terasa apabila kumpulan Masterpiece iaitu satu ikon rock di Sarawak hadir member sokongan dan mempersembahkan dua buah lagu yang amat berbisa dan bertenaga. Pihak GN amat beruntung dan terharu di atas sokongan mereka. Begitu juga dengan persembahan dari gabungan beberapa orang musician berpengalaman yang mempersembahkan lagu Pelesit Kota. Aura persembahan mereka dapat dirasai diseluruh blok bangunan tersebut.
Oja Axis kemudiannya dipohon untuk menyanyikan sebuah lagu sebagai penghormatan kepada beliau sendiri atas kesudian beliau untuk datang dari jauh. Vokal beliau yang merdu amat mewarnai mood majlis pada petang itu.

Acara kemuncak adalah pada jam 4 petang diaman acara G5 telah berlangsung yang mempamerkan 5 orang gitaris GNers bersama-sama berkongsi pentas untuk mempersembahkan 2 buah instrumental. Dalam guitar duel secara 5 individu ini, masing-masing telah mempamerkan semangat dan kecintaan mereka dalam muzik, yang mana menghasilkan satu persembahan harmoni gitar yang sangat menghiburkan dan membuka minda semua yang hadir pada petang itu. GNers yang terlibat di dalam G5 adalah Oja Xis, Daniel Ading, Bujang Kesindap, Will Masterpiece dan Freako Miko. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka ketika beraksi dan satu semangat yang kental dan beterusan daoat dirasai dan dikongsi oleh semua GNers yang hadir.

Secara kesimpulan, Majlis Gathering Guitarist Nusantara untuk negeri Sarawak 2013, adalah satu usaha yang amat dibanggakan dan telah Berjaya mencapai objektif untuk menggabungkan, menyatupadukan dan memeriahkan industry dan kegilaan terhadap instrument gitar. Apa yang lebih penting adalah kerjasama, semangat pasukan, dan pengalaman yang ditimba oleh seluruh GNers yang hadir.

Pihak GN amat berterima kasih kepada saudara Ajis dari Projam Studio atas usaha keras beliau dalam menjayakan majlis terutama dari sokongan peralatan muzik dan penat lelah beliau dan krew-krewnya. Begtu juga, setinggi-tinggi terima kasih kepada Rafie Cafe atas kesudian dan sokongan mereka untuk menggunakan premis mereka untuk majlis ini.  Tidak lupa juga untuk merakamkan satu penghargaan kepada band Masterpiece, The Crew, One Last Song, Swan Angels dan satu band rojak (lagu Pelesit Kota) di atas sokongan, kerjasama dan kesudian mereka untuk memeriahkan majlis. Juga terima kasih kepada RNR Music di atas sokongan dan cenderamata yang comel dari mereka untuk pihak GN.

Akhir sekali, jutaan terima kasih buat GNers yang hadir dan memriahkan majlis. Tanpa anda semua, semua ini adalah mustahil dan terima kasih juga untuk persahabatan dan hubungan yang sihat ini. Diharap majlis ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan lebih banyak pembaharuan dan kita harapkan lebih ramai GNers yang hadir dari seluruh pelusuk Nusantara ini.

Sekian, terima kasih.

Friday, 15 November 2013

GNer Video Collaboration 2013



Sebuah video kolaborasi guitar dikalangan Gner telah diterbitkan di chanel youtube iaitu Gnsters TV.
Video serta backing track disediakan tak lain dan tak bukan oleh Oja yang sangat hebat. Ramai menyumbangkan solo masing-masing sehingga terpaksa upload sebanyak 3 kali!

Anda boleh melihat video tersebut di link berikut :

Gners Video Collaboration 2013

Terima Kasih pada semua yang terlibat!

Monday, 4 November 2013

Aktiviti GN Utara

Pada 2hb November telah berlangsung acara Jamming Santai bagi ahli GN kawasan Utara. Bertempat di studio Azimat di Laguna Merbuk, Sungai Petani,Kedah, Turut hadir admin Oja Axis serta Yong Joe Black. Jamming dijalankan selama 3 jam. Pelbagai lagu standard di mainkan seperti lagu2 Metallica (kamon....) , Sejati, Lil Wings dan lain2.






Seterusnya acara disambung lagi di Azimat Cafe dengan acara jam santai akustika. Dimulai dengan CEO kita..lepas tu semua tak mau melepaskan peluang dan hampir2 tak mahu balik. Acara berterusan sehingga 3 pagi. Dalam masa yang sama kita telah berbincang dengan vendor baru iaitu azimat studio,azimat cafe serta A & R studio. Alhamdulillah bertambah lagi vendor kita.






  Video   ini menceritakan sebahagian aktiviti yang berlaku. Terima Kasih bagi semua yang hadir dan harap akan berjumpa lagi pada 21hb December depan.

Seterusnya, keesokan hari iaitu Ahad .. 3 November telah berlangsung kelas asas rakaman bersama saudara Oja Axis. Diadakan di A & R studios bermula jam 12 tengahari sehingga 12 tengah malam.
Pembelajaran berkisar tentang peralatan, software ,cara merakam, mixing serta pelbagai tips berkaitan. Sebuah lagu baru dirakam khas semasa pembelajaran ini dengan working title - Arrazzku Sayang. Nantikan kemunculan lagu ni nanti. Sangat hebat produksi Oja.




Akhir kata Terima Kasih pada para admin, Azimat group of companies, saudara Jan dari A & R studios dan semua GNers yang menyertai. bak kata CEO kita love all, serve all.. till next time.

Wednesday, 9 October 2013

Yusoff Chobib - Guitarist Extrordinaire.


Memulakan kerjaya di Ibu Kota di “Kelab Paddock” Hilton Hotel pada awal tahun 1984 dan kemudiannya mengorak langkah mengiringi Artis terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza, M.Nasir, Anita Sarawak, Anuar Zain, Ella, Awie, Ramli Sarip, Ziana Zain, Jacklyn Victor, Adibah Noor, dan lain lain lagi serta Artis Luar Negara seperti Hetty Koes Endang, Bob Tutupoly, mendiang Broery Marantika, Harvey Malaiholo dan Kris Dayanti di Program program rangkaian TV utama mahu pun di Pentas pentas Hiburan dan Majlis majlis Korporat dalam dan luar negara serta bergiat aktif dalam Industri Rakaman sehingga kini. Beliau juga pernah memegang jawatan selaku Koordinator Muzik Ambang Klasik TV3 dari 1996-2000. Berperanan sebagai M.D. (Musical Director) kepada beberapa Artis terkemuka negara.



Di samping itu, beliau juga merupakan seorang Pensyarah di ASWARA, UITM, UM dan INTAN sejak tahun 2003 lagi sehingga ke hari ini. Selain itu juga beliau telah menubuhkan Chobib East Gendang pada tahun 2011 untuk mempersembahkan ciri-ciri menarik 1 Malaysia di bawah Program 1 Malaysia.  sumber Megacipta



Wajah beliau, atau nama sebenar Mohd Yusoff Ibrahim atau lebih di kenali sebagai “Yusoff Chobib” sering kita lihat di kaca TV mengiringi persembahan artist terkenal. Kita beruntung kerana beliau sudi meluangkan masa untuk menjawab sedikit soalan dari kita.

Guitarist Nusantara (GN) : Assallamualaikum Sir.

Yusoff Chobib (YC) : Waalaikumsalam

GN : Bolehkah kami bertanya sedikit soalan guitar based?

YC : Boleh.

GN : Basically masa bile pakai humbucker pick ups dan bila pakai single coil. Guitar strat merah (fender stratocaster '79)  tu sgt sinonim dgn abg adakah itu gitar fabret?

YC :  Gtr Merah tu memang favourite laa..tambahan pula single coil pickup, versatile.... humbucker ada terhad sikit but nice for soloing n riffing.

GN : Boleh kongsi rutin warm up sblm show atau  rekording?

YC :  warm up....yg biasa2...1234 n 1324 (merujuk pada jari-jemari)...but kena buat pelan2..dn beberapa cara lagi yg susah nk describe... kena tunjuk..baru boleh.

GN : (tulis dalam diary untuk jemput beliau nanti)Les Paul kat blog abang  : yusoff-chobib.blogspot.com) tu sgt cantik, apa specs dia?

YC:  Guitar tu ialah  Les Paul custom- black beauty.

GN: Boleh tahu apa guitar idaman?

YC : Sebenarnya dah ada pun. (ed- mesti guitar Strat tu)

GN :Boleh tak cerita sikit start bermain guitar ketika usia berapa, siapa inspirasi atau guru serta bagaimana boleh menjadikan iasebagai karier abang?

YC : Saya start since 14thn..mostly self taught..cari guru untuk ajar baca dan tulis nota. Kena berani dan yakin untuk redah cari peluang sebab memang tak nak cari kerja lain pun. Itu yg prektis mcm nk rak...do or die thing. Tambahan arwah bapa saya memang tak stuju

GN: Saya tengok dalam tv abg dan guitarist lain seperti edrie shred n solo bersama. Menyebabkan terpikir malaysia ramai guitarist tersohor dan berbakat, tapi boleh ke konsert mcm G3 diketengahkan?

YC: Memang ramai dah memang boleh...cuma guitarist yg ada album solo gitar tak ramai..jadi kena dapatkan kriteria itu dulu. Kena ada banyak guitar album.

GN:Masih mengajar di UiTM dan ASWARA ? Mcmana students lepasan SPM nak apply utk masuk prog. Muzik?

YC : Selain bakat kena ada 3 kepujian semasa SPM

GN:  Apa muzik  atau lagu cover yang susah nak dimainkan?

YC: Saya tak berapa suka nak buat cover dengan meniru sebiji-biji. Saya lebih suka original expression n freedom even on covers sebab setiap org tu ada keistimewaan masing, strength n weaknesses masing-masing kan.

Layan dulu rendition dari Mr Chobib - The Messiah will come.

GN: Mana pilihan abang? jazz or blues.? (sambil senyum)

YC : Both.. tapi sudah tentu saya lebih Blues Oriented!

GN: Ramai di antara kalangan ahli GN meminati guitarist seperti guthrie govan, malmsteen dsb.. Siapa yg abang sendiri minati/ kagumi.

YC:  Saya meminati Howe, Steve Vai dan John Scofield

GN : Siapakah line up impian Abang untuk buat Supergroup?

YC : Saya dah buat dah dulu dgn Rockefella d Hard Rock Cafe. Jatt BDB on vocals; Ramli MS on keys; Jay2 on Bass; Aji on Guitar dan Gary Gideon on the drums.

GN : Lineup yg sgt legendary! Last sekali, pada pendapat abang siapakah sessionist muda yg wajar diikuti bagi contoh generasi skang?

YC: Saya mencadangkan Isyam Swardi guitar; Ujang Exist Drum; Rozario keys; Fly on Bass serta Mat Din on percussion.

Terima Kasih tak terhingga kita ucapkan pada beliau. Moga semua dapat mengambil manfaat sedikit sebanyak. Bagi yang suruh tanya tentang misai tu, lain kalilah saya tanya ya. Peace !



 

GN bertanya..... Sham Kamikaze menjawab... (pt2)

Atas sambutan yang amat mengalakkan dari pembaca, kita "terpaksa" sambung lagi interview bersama Sham Kamikaze dengan siri soalan yang selanjutnya. Nampaknya pengaruh beliau sebagai Guitarist masih kuat lagi walau sudah tak kelihatan di pentas-pentas konsert. Terima Kasih kepada Sham Kamikaze kerana memberi kerjasama yang sangat baik dengan GN.

GN : Assalamualaikum, Boleh tak bagi tips bagaimana untuk dapatkan vibrato yg terbaik. ramai yg kata sharul ekamatra mempunyai vibrato terbaik.

 SK : Waalaikumussalam wbt, Vibrato depends on berapa laju atau perlahan kita nak approach. Eg : Kita boleh buat vibrato 8th note untuk kebanyakan solo biasa tapi 16th note vibrato lebih banyak digunakan oleh pemain hebat seperti Yngwie Malmsteen, Doug Aldrich, etc untuk expression solo yg 'ganas'. More melancholic kalau vibrato 8th note drp 16th note, lebih fierce kalau laju.

GN : Pemilihan note, mcmana nak select notes, contohnya untuk solo syahdu atau solo beremosi?


SK:  Pemilihan notes dalam solo adalah sangat subjective, walau bagaimanapun ada satu golden rule yg tetap dipakai iaitu arpeggio dan triads. Sebagai contoh, kita boleh pilih note selain drp note A untuk solo over A minor chord, seperti C atau E (arpeggio of A minor). Even boleh gunakan note G (minor 7) atau B (minor 9) depending on apa yg kita nak pendengar rasa. Kebanyakan note yg syahdu adalah bersifat tonal iaitu note yg ada di dalam arpeggio chord tersebut, di samping common notes seperti minor 9, etc. Cuba dengar solo Steve Lukather dalam album Toto dan anda akan dapat mendengarnya dengan jelas.

GN: Ending notes, atau note tearkhir masa kita solo, ada tak apa2 formula..sebab kadang2 bile ending solo mcm tak klimaks atau tak sedap. Macam Man keedal dia kata bile nak buat solo, dia kan cuma nyanyikan melodi dulu.. bagaimana pulak sham compose solo?


SK:  Ramai player kata mereka 'nyanyikan' note atau melodi untuk solo, sedangkan hakikatnya tidak begitu. Saya lebih suka 'dengar' dan bayangkan apa melodi yang mungkin dicompose oleh pemain hebat yang saya minati. Contohnya, orang putih kata, "Great minds think alike." So, cuba construct solo based on what you hear, rather than to let your fingers do the moves. Let your mind decide, not otherwise :-) (awesome quote ni-ed)

GN :  Boleh kongsikan setting amps (treble/bass/mid/dsb) untuk clean and dirty?

Setting amp berbeza mengikut amp dan speaker yg anda gunakan. Contohnya : Kalau kita guna Marshall JCM900/2000 (yg paling senang didapati di Malaysia) karakternya banyak hi-mid frequency. (bingit especially dgn gitar single-coiled pickups) Tak mungkin kita boost treble banyak kerana telinga kita pun dah sakitkan? Jadi, kalau kita guna amp seperti Mesa Boogie atau Bogner, kita boleh tweak treble lebih banyak tapi kurang bingit kerana frequency response yg lain drp Marshall. Jadi, jawapannya ialah dengar dan tweak ikut amp/speaker kerana ianya takkan sama dan tidak statik. 




GN : Main slide tak? siapa slide guitarist yg digemari?


SK:  Slide jarang2 dimainkan dalam lagu Melayu (byk session luar ada request slide) tapi Jeff Healey adalah legend dalam permainan slide bagi saya.

GN:  Dikhabarkan sham juga handal bermain bass! benarkah dan aspek apakah berbeza dari segi mindset antara guitar and bass.?


SK:  Saya amat minat dengan bass. Semasa saya belajar gitar pada umur 12, saya juga ambil kesempatan untuk belajar bass yg memang kebetulan ada di rumah. Antara hero saya ialah Nathan East, Abe Laboriel, Jimmy Johnson, Alain Caron. Sudah tentu sebagai pemain bass, cara berfikir dan mendengar tidak sama sebagaimana kita bermain gitar. Sit tight dengan drummer, keep the groove in the pocket, less notes and movements. Kalau nak solo dan main busy, lebih baik jangan main bass :-) Listen to the greats, anda akan dapat belajar konsep 'less is more'

GN: Ada org tanya kord progresion utk tawa dalam tangisan n luhur.


SK :  Chord progression lagu Tawa Dalam Tangisan sangat mudah :-) Very basic dan saya rasa semua orang boleh main dan 'jumpa' chordnya :-) Ada yg tanya intro lagu Luhur, tak jumpa chord katanya. Chordnya agak susah dimainkan sebab kena stretch jari besar. (F# minor add 9, bar chord on 2nd fret, 2nd finger on C# 4th fret 5th str, G# 6th fret 4th)

GN : Semasa menjadi MD untuk AF ternyata susunan muzik sangat guitar oriented. adakah semasa mengubah guitar menjadi instrument dimana sham melakukan proses mengubah .?


SK:  Sebenarnya, saya rasa pendapat itu tidak benar :-) Kalau mereka perasan, pertamanya lagu Melayu pada era 80-90an memang banyak 'guitar-driven'. So, sudah tentu memang banyak bunyi gitar. Tapi kalau mereka dengar lagu2 lain yang bukan guitar oriented, mereka boleh dengar rearrangement dan reharmonization yang saya buat untuk lagu2 lain yg langsung takde gitar :-) Banyak lagu pada musim AF dipilih oleh panel pemilihannya yang kebetulan pilih lagu era 80-90an. Lagu Hindustan pun banyak juga pada masa tu dan yg pasti memang takde gitar langsung kadang2 :-)


GN:  Sekarang guna effects apa utk persembahan?


SK:  Saya ada beberapa setup untuk live performance. Paling simple ialah Digitech GNX 3000, ataupun stomp boxes (ada banyak juga) Saya sertakan gambar :-)











GN :Tempoh hari ternampak video Sham di UK main lagu metallica dengan students, sejauh mana minat dgn Metallica dan siapakah  guitarist terbaik metal? :)

SK:  Atas permintaan tuan :-) Main Metallica masa zaman club dulu. Dimebag Darrell ganas rasanya :-)


*kredit gambar = Sham Kamikaze 2013

KAEDAH MUDAH MERAKAM AUDIO MENGGUNAKAN SONY VEGAS PRO (pt4)





5.3   Kemudian SVP12 memaparkan sehelai tetingkap seperti Imej 14. Pastikan anda klik SONY (pada No.1) untuk paparan FX sedia ada dlm SVP12. Kemudian pilih FX yg ingin anda gunakan pada No.2. Dalam tutorial ini, saya memilih utk menggunakan FX Graphic EQ (No.3).

Double click pada No.3 (atau single click pada no.3 kemudian tekan butang “ADD”) kemudian klik OK.





Imej 14 : Senarai FX yg tersedia dalam SVP12.

5.4   Setelah anda mengklik OK, paparan berikut akan terhasil. Rujuk Imej 15. Laraskan sesedap dan sesuka hati anda. Dan klik ikon “x” utk apply/menutup paparan ini.




Imej 15 : Paramater utk mengubah EQ track rakaman anda.

Selesai la proses mengenakan FX pada track rakaman audio anda tadi.
TIPS: Anda boleh mengenakan FX ini pada semua track audio/video termasuklah Backing Track.





6.       SIMPAN PROJEK
6.1   Sesi ini amat penting untuk menyelamatkan hasil kerja anda. Nama Projek anda memudahkan anda me”render” final result anda nanti. Lihat Imej 16




Imej 16 : Contoh penyimpanan projek SVP12


7.       RENDER PROJEK

7.1   Projek anda masih belum selesai dengan hanya menyimpannya. Ianya perlu di RENDER untuk menjadikannya final product. Proses RENDERING biasanya mengambil masa yang agak panjang bergantung kepada jumlah Track, FX, Video dan durasi projek anda.

7.2   Memandangkan Tutorial ini hanya menggunakan audio, maka kita akan meRENDER projek ini dlm bentuk audio sahaja. Lihat Imej 17.


 
Imej 17 : Klik File -> Render As.





7.3   Sepucuk tetingkap akan terpapar seperti pada Imej 18.


Imej 18 : Antara pilihan RENDERING yg ada. Double click pada MP3 Audio.

7.4   Apabila anda Double Click pada MP3 Audio, paparan seperti Imej 19 akan terhasil.
No.1 : Tetapkan folder output anda, di mana fail MP3 anda akan disimpan disini.
No.2 : Pilih template MP3, Dalam tutorial ini, saya memilih menggunakan 192Kbps.
No.3 : Pastikan RENDER OPTION tidak bertanda (untick)
No.4 : Selesai membuat pilihan, Klik RENDER.
 


Imej 19 : Template MP3 rendering terhasil. Sila pilih mengikut kehendak juda keperluan anda.
7.5   Apabila anda klik render pada Imej 19, SVP12 akan memulakan kerja keras beliau seperti Imej 20. 





7.6   Selesai proses rendering, sebuah tetingkap seperti Imej 21 terhasil. Klik Open Folder utk membuka folder output anda, ataupun klik Open utk memainkan MP3 anda yang telah siap.



Imej 21 : Rendering DONE.. buka folder? Mainkan final result? Up to you.. \m/



TAMAT untuk sesi rakaman audio menggunakan SVP.
Hidup Guitarist Nusantara…. \m/

TIPS : Anda boleh menggunakan kaedah ini dalam proses rakaman video jugak. Sebelum memulakan langkah 4.3 di atas, sediakan Handphone Samsung S3 anda. Tekan butang rekod pada handphone anda. Dan mulakan langkah 4.3 di atas. Apabila selesai semua proses rakaman, import video yg anda rekod menggunakan Samsung S3 tadi kedalam SVP12 menggunakan kaedah 2.1 di atas. Laraskan video anda selari dengan rakam audio anda… SELAMAT MENCHOOOOBAAAA…