Search This Blog

Wednesday, 7 March 2012

Tips penjagaan guitar

Saja nak share sedikit tips bagi penjagaan guitar. Dah beli mahal2 (atau murah2 ) mestilah nak kena jaga baik2 kan.Seperti barangan lain, penjagaan yang baik akan menjamin ketahanan dan lebih penting fungsi guitar serta pengunaan dapat dioptimumkan.

1) Penyimpanan
Kaedah penyimpanan paling ideal ialah dalam hardcase. Terutama kalau kita tak gunakan dalam tempoh terdekat. Pilih hardcase yang sesuai dengan bentuk guitar serta memberi perlindungan dan support pada guitar kita tu. Paling takde pun simpanlah dalam softcase, juga jangan lokek untuki membeli guitar stand. takkan kita nak sandar kat dinding atau letak kat lantai je kan.

2) Lap guitar anda
Selepas setiap kali main, jangan lupa lap tali dan neck menggunakan fast fret atau paling tidak kain kering. Setiap kali kita main, peluh,minyak,debu akan melekat pada fretboard. Dengan cara ini tali akan tahan lama dan fretboard akan lebih terjaga.
Gunakan polish khas untuk guitar untuk polish badan guitar, kalau boleh lakukan sekerap mungkin. Bukan sahaja guitar akan kemas berkilat malahan kayu guitar juga akan tahan lama.Guitar akan nampak macam baru.Contohi John5 guitar-guitar beliau walaupun dari tahun 1950's nampak macam baru beli semalam!

3)Suhu
Jangan sesekali biarkan guitar anda dalam kereta terutama kalau parking lama. Suhu di Malaysia ni yang panas dan lembap tambah pula dengan kepanasan dalam kereta akan menyumbang kepada neck bengkok, cat rosak,inlay rosak, truss rod pun boleh bengkok. Tambahan pula banyak kes kecurian akibat simpan guitar dalam kereta ni.
Bagi guitar akustik sebaik2nya beli humidifier untuk letak kat sound hole tu.

4) Hantar pada pro
Sekurang2nya setahun sekali , hantarlah guitar anda untuk diservis oleh profesional. Samada buat intonasi,fret dressing,adjust truss rod dan apa2 lagi untuk meningkatkan prestasi guitar anda. Ramai yang menyediakan perkhidmatan ini.

5)Transport guitar
Kalau nak naik kapal terbang atau nak pi mana2 sebaik2 nya ialah dengan bawa menggunakan hardcase (tapi sangat2 berat).Longgarkan tali temali, salut peghead dengan suratkhabar, dan pastikan takde allen key atau apa yang boleh mecalarkan guitar dalam tu. Bawaklah masuk dalam kapal terbang kalau boleh sebab kalau masuk sekali dengan luggage alamatnya ......... ramai guitarist pro menghdapai masalah, terutama kalau les paul..neck patah adalah satu kebiasaan.

6) Ketatkan apa yang patut
Screw2 atau tuner perlu diketatkan setiap 4-5 bulan, sebab guitar ni kayu,hardware dan sebaginya sentiasa kembang kuncup akibat cuaca tension tali dan sebagainya..

Akhir kata kalau jaga guitar kaw2 kalau tak main pun tak berapa berguna juga, so keep onplayin your guitars!! boys n girls. N play LOUD!

3 comments:

  1. Bro. Aku terletak gitar aku dalam kereta satu hari tengah panas. Segak agak bengkok tak. Da la baru beli

    ReplyDelete
  2. Apa fungsi allen key dalam hole gitar

    ReplyDelete
  3. Makasihh tipsnya..tapi gua udah buang 5 guitar apabila ikut tips yg lo bgi..kok gitu😭

    ReplyDelete