Search This Blog

Wednesday 9 October 2013

Yusoff Chobib - Guitarist Extrordinaire.


Memulakan kerjaya di Ibu Kota di “Kelab Paddock” Hilton Hotel pada awal tahun 1984 dan kemudiannya mengorak langkah mengiringi Artis terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza, M.Nasir, Anita Sarawak, Anuar Zain, Ella, Awie, Ramli Sarip, Ziana Zain, Jacklyn Victor, Adibah Noor, dan lain lain lagi serta Artis Luar Negara seperti Hetty Koes Endang, Bob Tutupoly, mendiang Broery Marantika, Harvey Malaiholo dan Kris Dayanti di Program program rangkaian TV utama mahu pun di Pentas pentas Hiburan dan Majlis majlis Korporat dalam dan luar negara serta bergiat aktif dalam Industri Rakaman sehingga kini. Beliau juga pernah memegang jawatan selaku Koordinator Muzik Ambang Klasik TV3 dari 1996-2000. Berperanan sebagai M.D. (Musical Director) kepada beberapa Artis terkemuka negara.



Di samping itu, beliau juga merupakan seorang Pensyarah di ASWARA, UITM, UM dan INTAN sejak tahun 2003 lagi sehingga ke hari ini. Selain itu juga beliau telah menubuhkan Chobib East Gendang pada tahun 2011 untuk mempersembahkan ciri-ciri menarik 1 Malaysia di bawah Program 1 Malaysia.  sumber Megacipta



Wajah beliau, atau nama sebenar Mohd Yusoff Ibrahim atau lebih di kenali sebagai “Yusoff Chobib” sering kita lihat di kaca TV mengiringi persembahan artist terkenal. Kita beruntung kerana beliau sudi meluangkan masa untuk menjawab sedikit soalan dari kita.

Guitarist Nusantara (GN) : Assallamualaikum Sir.

Yusoff Chobib (YC) : Waalaikumsalam

GN : Bolehkah kami bertanya sedikit soalan guitar based?

YC : Boleh.

GN : Basically masa bile pakai humbucker pick ups dan bila pakai single coil. Guitar strat merah (fender stratocaster '79)  tu sgt sinonim dgn abg adakah itu gitar fabret?

YC :  Gtr Merah tu memang favourite laa..tambahan pula single coil pickup, versatile.... humbucker ada terhad sikit but nice for soloing n riffing.

GN : Boleh kongsi rutin warm up sblm show atau  rekording?

YC :  warm up....yg biasa2...1234 n 1324 (merujuk pada jari-jemari)...but kena buat pelan2..dn beberapa cara lagi yg susah nk describe... kena tunjuk..baru boleh.

GN : (tulis dalam diary untuk jemput beliau nanti)Les Paul kat blog abang  : yusoff-chobib.blogspot.com) tu sgt cantik, apa specs dia?

YC:  Guitar tu ialah  Les Paul custom- black beauty.

GN: Boleh tahu apa guitar idaman?

YC : Sebenarnya dah ada pun. (ed- mesti guitar Strat tu)

GN :Boleh tak cerita sikit start bermain guitar ketika usia berapa, siapa inspirasi atau guru serta bagaimana boleh menjadikan iasebagai karier abang?

YC : Saya start since 14thn..mostly self taught..cari guru untuk ajar baca dan tulis nota. Kena berani dan yakin untuk redah cari peluang sebab memang tak nak cari kerja lain pun. Itu yg prektis mcm nk rak...do or die thing. Tambahan arwah bapa saya memang tak stuju

GN: Saya tengok dalam tv abg dan guitarist lain seperti edrie shred n solo bersama. Menyebabkan terpikir malaysia ramai guitarist tersohor dan berbakat, tapi boleh ke konsert mcm G3 diketengahkan?

YC: Memang ramai dah memang boleh...cuma guitarist yg ada album solo gitar tak ramai..jadi kena dapatkan kriteria itu dulu. Kena ada banyak guitar album.

GN:Masih mengajar di UiTM dan ASWARA ? Mcmana students lepasan SPM nak apply utk masuk prog. Muzik?

YC : Selain bakat kena ada 3 kepujian semasa SPM

GN:  Apa muzik  atau lagu cover yang susah nak dimainkan?

YC: Saya tak berapa suka nak buat cover dengan meniru sebiji-biji. Saya lebih suka original expression n freedom even on covers sebab setiap org tu ada keistimewaan masing, strength n weaknesses masing-masing kan.

Layan dulu rendition dari Mr Chobib - The Messiah will come.

GN: Mana pilihan abang? jazz or blues.? (sambil senyum)

YC : Both.. tapi sudah tentu saya lebih Blues Oriented!

GN: Ramai di antara kalangan ahli GN meminati guitarist seperti guthrie govan, malmsteen dsb.. Siapa yg abang sendiri minati/ kagumi.

YC:  Saya meminati Howe, Steve Vai dan John Scofield

GN : Siapakah line up impian Abang untuk buat Supergroup?

YC : Saya dah buat dah dulu dgn Rockefella d Hard Rock Cafe. Jatt BDB on vocals; Ramli MS on keys; Jay2 on Bass; Aji on Guitar dan Gary Gideon on the drums.

GN : Lineup yg sgt legendary! Last sekali, pada pendapat abang siapakah sessionist muda yg wajar diikuti bagi contoh generasi skang?

YC: Saya mencadangkan Isyam Swardi guitar; Ujang Exist Drum; Rozario keys; Fly on Bass serta Mat Din on percussion.

Terima Kasih tak terhingga kita ucapkan pada beliau. Moga semua dapat mengambil manfaat sedikit sebanyak. Bagi yang suruh tanya tentang misai tu, lain kalilah saya tanya ya. Peace !



 

2 comments:

  1. Please senaraikan lagu2 melayu yg chobib pernah sessiontkan boleh? Please bro..kat fb gitaris nusantara klo boleh..

    ReplyDelete