Atas sambutan yang amat mengalakkan dari pembaca, kita "terpaksa" sambung lagi interview bersama Sham Kamikaze dengan siri soalan yang selanjutnya. Nampaknya pengaruh beliau sebagai Guitarist masih kuat lagi walau sudah tak kelihatan di pentas-pentas konsert. Terima Kasih kepada Sham Kamikaze kerana memberi kerjasama yang sangat baik dengan GN.
GN : Assalamualaikum, Boleh tak bagi tips bagaimana untuk dapatkan vibrato yg terbaik. ramai yg kata sharul ekamatra mempunyai vibrato terbaik.
SK : Waalaikumussalam wbt, Vibrato depends on berapa laju atau perlahan kita nak approach. Eg :
Kita boleh buat vibrato 8th note untuk kebanyakan solo biasa tapi 16th
note vibrato lebih banyak digunakan oleh pemain hebat seperti Yngwie
Malmsteen, Doug Aldrich, etc untuk expression solo yg 'ganas'. More
melancholic kalau vibrato 8th note drp 16th note, lebih fierce kalau
laju.
GN : Pemilihan note, mcmana nak select notes, contohnya untuk solo syahdu atau solo beremosi?
SK: Pemilihan notes dalam solo adalah sangat subjective, walau bagaimanapun
ada satu golden rule yg tetap dipakai iaitu arpeggio dan triads. Sebagai
contoh, kita boleh pilih note selain drp note A untuk solo over A minor
chord, seperti C atau E (arpeggio of A minor). Even boleh gunakan note G
(minor 7) atau B (minor 9) depending on apa yg kita nak pendengar rasa.
Kebanyakan note yg syahdu adalah bersifat tonal iaitu note yg ada di
dalam arpeggio chord tersebut, di samping common notes seperti minor 9,
etc. Cuba dengar solo Steve Lukather dalam album Toto dan anda akan
dapat mendengarnya dengan jelas.
GN: Ending notes, atau note tearkhir masa kita solo, ada tak apa2
formula..sebab kadang2 bile ending solo mcm tak klimaks atau tak sedap. Macam Man keedal dia kata bile nak buat solo, dia kan cuma nyanyikan melodi dulu.. bagaimana pulak sham compose solo?
SK: Ramai player kata mereka 'nyanyikan' note atau melodi untuk solo,
sedangkan hakikatnya tidak begitu. Saya lebih suka 'dengar' dan
bayangkan apa melodi yang mungkin dicompose oleh pemain hebat yang saya
minati. Contohnya, orang putih kata, "Great minds think alike." So, cuba
construct solo based on what you hear, rather than to let your fingers
do the moves. Let your mind decide, not otherwise :-) (awesome quote ni-ed)
GN : Boleh kongsikan setting amps (treble/bass/mid/dsb) untuk clean and dirty?
Setting amp berbeza mengikut amp dan speaker yg anda gunakan. Contohnya :
Kalau kita guna Marshall JCM900/2000 (yg paling senang didapati di
Malaysia) karakternya banyak hi-mid frequency. (bingit especially dgn
gitar single-coiled pickups) Tak mungkin kita boost treble banyak kerana
telinga kita pun dah sakitkan? Jadi, kalau kita guna amp seperti Mesa
Boogie atau Bogner, kita boleh tweak treble lebih banyak tapi kurang
bingit kerana frequency response yg lain drp Marshall. Jadi, jawapannya
ialah dengar dan tweak ikut amp/speaker kerana ianya takkan sama dan
tidak statik.
GN : Main slide tak? siapa slide guitarist yg digemari?
SK: Slide jarang2 dimainkan dalam lagu Melayu (byk session luar ada request
slide) tapi Jeff Healey adalah legend dalam permainan slide bagi saya.
GN: Dikhabarkan sham juga handal bermain bass! benarkah dan aspek apakah berbeza dari segi mindset antara
guitar and bass.?
SK: Saya amat minat dengan bass. Semasa saya belajar gitar pada umur 12,
saya juga ambil kesempatan untuk belajar bass yg memang kebetulan ada di
rumah. Antara hero saya ialah Nathan East, Abe Laboriel, Jimmy Johnson,
Alain Caron. Sudah tentu sebagai pemain bass, cara berfikir dan
mendengar tidak sama sebagaimana kita bermain gitar. Sit tight dengan
drummer, keep the groove in the pocket, less notes and movements. Kalau
nak solo dan main busy, lebih baik jangan main bass :-) Listen to the
greats, anda akan dapat belajar konsep 'less is more'
GN: Ada org tanya kord progresion utk tawa dalam tangisan n luhur.
SK : Chord progression lagu Tawa Dalam Tangisan sangat mudah :-) Very basic
dan saya rasa semua orang boleh main dan 'jumpa' chordnya :-) Ada yg
tanya intro lagu Luhur, tak jumpa chord katanya. Chordnya agak susah
dimainkan sebab kena stretch jari besar. (F# minor add 9, bar chord on
2nd fret, 2nd finger on C# 4th fret 5th str, G# 6th fret 4th)
GN : Semasa menjadi MD untuk AF ternyata susunan muzik sangat guitar
oriented. adakah semasa mengubah guitar menjadi instrument dimana sham
melakukan proses mengubah .?
SK: Sebenarnya, saya rasa pendapat itu tidak benar :-) Kalau mereka perasan,
pertamanya lagu Melayu pada era 80-90an memang banyak 'guitar-driven'.
So, sudah tentu memang banyak bunyi gitar. Tapi kalau mereka dengar
lagu2 lain yang bukan guitar oriented, mereka boleh dengar rearrangement
dan reharmonization yang saya buat untuk lagu2 lain yg langsung takde
gitar :-) Banyak lagu pada musim AF dipilih oleh panel pemilihannya yang
kebetulan pilih lagu era 80-90an. Lagu Hindustan pun banyak juga pada
masa tu dan yg pasti memang takde gitar langsung kadang2 :-)
GN: Sekarang guna effects apa utk persembahan?
SK: Saya ada beberapa setup untuk live performance. Paling simple ialah
Digitech GNX 3000, ataupun stomp boxes (ada banyak juga) Saya sertakan
gambar :-)
GN :Tempoh hari ternampak video Sham di UK main lagu metallica dengan students,
sejauh mana minat dgn Metallica dan siapakah guitarist terbaik
metal? :)
SK: Atas permintaan tuan :-) Main Metallica masa zaman club dulu. Dimebag Darrell ganas rasanya :-)
*kredit gambar = Sham Kamikaze 2013
saya minat abang sham main guitar
ReplyDeleteSuperb..
ReplyDeleteLegendary, yet Humble... Terbaikk Sham Kamikaze...
ReplyDeletebang rafix pun lejen
DeleteNursalwahibtbdalluhsham.malmseth
ReplyDeleteNursalwahibtbdalluhshammalmseetn.
ReplyDelete