Siapa tak kenal Sham Kamikaze ?
Guitarist berasal dari Melaka ini antara guitarist paling top di Malaysia, juga di peringkat Asia sebagai pemuzik pengiring bagi artist hebat terutama Hong Kong. Beliau juga pengarah muzik yang hebat. Kini beliau lebih senang dengan aktiviti dakwah, disamping ada memberi kelas serta terbabit dengan program TV serta rakaman.
Pada kesempatan ini, kita telah memberikan soalan-soalan dari kalangan ahli Guitarist Nusantara untuk diajukan kepada beliau. Selamat membaca dan semoga kita dapat mengambil manfaat bersama.
GN : Assalamualaikum.Bilakah saudara mula berkecimpung dalam permainan guitar dan siapakah guru pertama atau saudara belajar sendiri sahaja?
Sham Kamikaze (SK): Waalaikumsalam.Saya belajar sejak dari umur 12 tahun dari arwah ayah saya.
GN: Siapakah gitar tech anda? Bagaimana sambutan terhadap guitar signature Squire Sham?
SK : Tech saya ialah Mr Greg Tan. Alhamdulillah,sambutan OK dah 2 kali shipment serta sold out.
GN: Boleh kongsi tips tak bagaimana nak rakam guitar akustik utk dapat sound terbaik, Serta apakah software yg saudara guna utk rakaman?
SK : Selain drp gitar yg baik (projection tone yg baik), mesti guna condenser
mic dan mic preamp yang baik, selain daripada room yg bagus. Saya sendiri mengunakan AKG
atau Neumann mics, Avalon 737 SP atau Rupert Neve preamp. Untuk rakaman saya Software/ DAW - Cubase
6.5
GN: Boleh tanya berapakah buah gitar dalam simpanan sekarang? Adakah semuanya
Stratocasters?
SK : (membilang pakai jari) Rasanya lebih kurang 20 plus. Ada yg dah jual kepada ex-students. Variety of models,
selain drp Strat, Gibson Les Paul Custom '68, Gibson SG '76, Blade,
Ernie Ball Musicman Luke, Taylor, Larrivee, Gibson Chet Atkins, etc.
GN : Siapakah inspirasi anda dalam bermain gitar dan apakah solo guitar paling saudara
dan apakah solo guitar yang paling digemari?
SK : Inspirasi ramai, antara yg paling berkesan ialah Steve Lukather, Michael Landau, Michael Thompson, Dan Huff, Michel Cusson. Solo banyak best, tak tahu nak pilih.
GN : Sebagai sessionist terkenal apakah kriteria utk jadi sessionist dan Musical Director yg
bagus?
SK: Mesti ada vast knowledge dalam muzik. Rajin practise dan dengar banyak reference.
Paling penting kena sentiasa baiki diri kita.
GN: Set neck,bolt on,neck thru..yg mana pilihan anda dan kenapa?
SK: Masing-masing ada kelebihannya dan saya suka semua.
GN: Macamana nak sweep picking dengan lancar?
SK : Sweep tak payah risau tentang picking, naturally akan sweep bila kita buat at certain
speed, just keep on practising.
GN: Ramai guitarist terkini mengunakan Fractal axe... apa komen saudara?
SK: Fractal Axe? No comment :-) (senyum)
GN : Anda memiliki valley arts custom pro steve lukather. Apakah kelebihan gitar tersebut..berbanding gitar anda yang lain?
SK: Valley Arts - 2 piece wood body, ebony fretboard. Gitar ini paling fine
dibuat pada zamannya. (Early 90's) Natural sustain yang dihasilkan amat dahsyat.
GN: Sekerap mana anda menggantikan string gitar anda? String jenama apa
yang
Sham gunakan?
SK: Kalau professional situation, (studio recording/concert) setiap hari. Saya mengunakan jenama D'Addario.
GN : Sehari berapa jam Sham praktis serta adakah regimen khusus?
SK : Dulu saya biasa practise 18 jam setiap hari,sehari selepas SPM selama lebih 6 bulan. Sight reading, scales/modes, phrashing, etc.
GN : Tak inginkah merakam album solo ke seperti album ketuhanan memandangkan saudara sekarang aktif
dalam dakwah?
SK : Insyaallah (senyum lagi)
GN: Bilakah kali terakhir Sham membeli gitar?
SK : Kali terakhir, saya beli Silent Guitar Yamaha tahun lepas sebab selalu
bawa Gibson Chet Atkins, org suka pegang2 dan buat ambil gambar. (senyum)
GN : Sham seorang guitarist hebat tapi ada tak lagu paling susah nak mainkan/cover?
SK : Pergh... Lagu paling susah? Banyak lagu drp album band UZEB (cekidaut)
GN : Flyod rose & fix bridge yg mane pilihan anda..
SK : Dua-dua saya suka, tengok keadaanlah.
GN : Nak tanya Sham minat tak music Jazz atau Blues?
SK : Sudah tentu! Saya membesar dgn muzik jazz,
ayah saya mengajar jazz sejak umur saya 12 tahun. Saya belajar rock dan
blues sendiri :-) Favorite blues guitarist : Larry Carlton, Robben
Ford.
Begitulah untuk part 1 kita bersama Sham Kamikaze.. jika ada lagi soalan2 sila email ke guitaristnusantara@gmail.com
SaLute to living legend sifoo Sham Kamikaze
ReplyDeleteRespect to GN 4 this awesome interview..
best article nih..we want more!
ReplyDeleteTerbaek (y)
ReplyDeleteTerbaekk...amat banyak info drp seorang gitaris yg cukup berpengaruh...
ReplyDeleteDah lama saya menunggu komen dari Sham pasal gitar ...akhirnya dapa jugak .. TQ Sham.
ReplyDeletenntikan pt 2 pula :)
DeleteSuperb..
ReplyDelete