Anda minat guitar? anda kumpul duit dan anda akan dapatkan guitar yang anda dok usha lama dah.
Lepas kita dah beli Guitar dan Amplifier.. sudah pasti kita akan nak
mencoba efeks pedal plak kan. Skang ada beribu jenis efek atau gajet
(istilah kita) dalam pasaran. Ada yang analog (kegemaran saya) ada yang
digital (kegemaran saya utk merakam di komputer). Ada yang puluh ringgit
sampai berpuluh ribu pun ada. Jadi bila kita dah beli 2-3 gajet ni
mesti kita nak eksperimen dengan susunan efek nye kan?
Remember, Gners sekian dalam dunia efeks ni tiada right or wrong.
Kita bebas nak pilih cucuk mana dulu pi tang mana, keluar tang mana.
Janji pada telinga kita sedap dan tak merbahaya. Walaubagaimanapun....
sebelum kita nak eksperimen ayuh kita tahu jugalah sedikit sebanyak
apa dia efek dan jenis2nya. Sini saya tumpu tang gajet kereta kebal saja
dulu.
baik abang n kakakku..
Secara asas.. kita boleh bahagi efek kita pada 4 jenis. (ada yg bahagi pada 6, ikut la masing2)
1. Dynamic Effect - Wah,compresor etc
compresor akan kuatkan signal yg rendah, maka ia biasa diletak
sebelum distorsi kerana kalau selepas distorsi dia akan kuatkan signal
serta kebisingan juga akan dikuatkan.
2. Distorsi,Overdrive,Fuzz (wajib kena ada ni)
3. Modulation - Chorus ,Flanger etc
4. Time based - delay,echo,reverb
Begitu jugalah dengan susunan... kebiasaan kita akan atur ikut
susunan diatas... dynamic dulu, second distortion diikuti Modulation
dan diakhiri Reverb or delay. Kenapa kebiasaan atur demikian?
Kerana efek2 ni akan mempengaruhi efek lain juga dan faktor ni perlu
diambil kira. Contoh kalau delay dulu sebelum Distorsi... maka kecamuk
abis la sound tataw apa note kita main, tambah kalau main Rythm. tapi
dalam setengah lagu ok jugak pakai ni. saya pun ada pakai. Apa yang nak
ditekankan disini. YOU MUST KNOW WHAT YOU WANT.
No comments:
Post a Comment