Search This Blog

Monday 12 March 2012

Tips nak ingat mode.

Secara amnya, cara paling mudah nak hafal modes kita boleh gunakan C major scale sebagai refrence.

Notes dalam C Major scale ialah

C  D  E  F  G  A  B  dan C (octave) balik.  iaitu Do Re Mi Fa So La Ti Do.

dari scale C Major ni, kita boleh derive 7 modes iaitu (ikut turutan)

Major
Dorian
Phrygian
Lydian
Mixolydian
Aeolian
Locrian

ok...bagaimana nak eksploitasi scale C major untuk modes diatas? kita mulakan dengan major modes anda tentu tahu bagi scale major tadi iaitu  :- C  D  E  F  G  A  B C

seterusnya mode Dorian :- senang ajah kita guna scale yg sama tapi kita mulakan dengan D atau kita panggil 2nd position.
notesnya D E F G A B C D (octave) maka terhasil D dorian.

Phrygian? naik lagu satu note iaitu E (3rd position). jadi E F G A B C D E - E Phrygian. perhatikan bagaimana dgn guna satu scale kita boleh dapat byk modes. cuma kita ubah root atau tonic kita dari C ke D atau E.example lain ialah seperti berikut

  • Lydian: F, G, A, B, C, D, E, F (F lydian)
  • Mixolydian: G, A, B, C, D, E, F, G ( G Mixolydian)
  • Aeolian/Natural minor scale: A, B, C, D, E, F, G, A (A minor )
  • Locrian: B, C, D, E, F, G, A, B  (B locrian.

-pahamkan dan cuba cari modes2 ini di fretboard anda, secara amnya anda boleh guna fingering yg sama untuk semua 7 modes ini.. Anda juga perlu tahu mana satu minor dan mana satu major.
until then.. selamat mencoba!

prektis make GNer

No comments:

Post a Comment