Search This Blog

Sunday, 11 March 2012

Matematik in Guitar/Muzik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Anda suka Matematik? Anda gemar bermain Guitar?

Muzik adalah sebahagian dari ilmu Hisab (matematik le tu!) Pada masa akan datang akan ada lagi diskusi yang lebih mendalam tentang hal ini, tapi untuk posting pertama ni..kita ambik yang mudah-mudah dan hanya sebagai pembuka minda kita.

1) Frekuensi notes, secara amnya kita semua tune atau tala guitar kita pada concert pitch A= 440. Apakah maknanya? maknanya bila kita main tali A (tali no5) yang telah pun ditune dengan tepat tali itu bergetar pada 440  hertz . Jika kita fret tali A itu pada 1 octave lebih tinggi (fret ke 12) maka ia akan bergetar sekali ganda lagi iaitu pada 880 Hz . Bermakna lagi tinggi note kita mainkan maka lebih tinggi nilai Hz. Bagi peminat low tuning macam Drop_A_tuning , maka Tali A low anda tu bergetar sekali ganda kurang dari A= 440 iaitu pada 220.00 HZ saja. Kesimpulannya lagi kurang getaran tali lagi rendah pitch akan kedengaran . Bawah ni table kaitan pitch dan getaran (hz).

A     440.00000 Hz
A#   466.16376 Hz
B     493.88330 Hz
C     523.25113 Hz
C#   554.36526 Hz
D     587.32953 Hz
D#   622.25396 Hz
E     659.25510 Hz
F     698.45645 Hz
F#   739.98883 Hz
G     783.99085 Hz
G#   830.60937 Hz
A     880.00000 Hz
 

 ps: Kami perlukan khidmat anda untuk submit info atau artikel sila berbuat demikan dengan mengemail ke Guitaristnusantara@gmail.com Sekian, Terima Kasih

Panglima Eelz

No comments:

Post a Comment