Search This Blog

Tuesday, 8 October 2013

GNers in Action (2013) !!!!!!!!!




Nama: Mohamad Rizal
Umur: 25 ( muda lagi )

Guitar: freedom crystal custom guitar 
Rig: 1)Line 6 POD HD500x
        2) Vox wah wah
        3) behringer ultra metal
Amp: 1) Line 6 Spider IV 150 watts
          2) Randall Rx120RH 120 watts
Idola: Western- Steve vai, Joey Satriani, Yngwie, Local- sham kamikaze, joe wings, man kidal, kid search, rody kristal, YJB, n Oja Axis
Dream guitar: B.C rich mocking bird special custom..



Nama:  Joez Flow

Umur: 28 tahun




Guitar :  1) ESP KH3 (lefty) Custom Shop
              2) ESP Eclipse FT (lefty)
              3) Fender Mexico (lefty/1st guitar dulu2)

Rig.  : Octa Switch, Ernie ball vol pedal,  mxr line driver/booster,
          Whammy pedal, Kh wah pedal, mxr Dist 78 badass,  rocktron Metal planet Dist,
          Mxr 10 band eq, mxr carbon copy delay, mxr EVH phase 90, Mxr EVH flanger,
          Mxr Chorus Zack Wylde......

Amp. : Rocktron vendetta 160w 12ax7 combo..

Idola : Kirk Hammett,  Dave Murray, Adrian Smith, Dimebag Darrel,  joe satch,
           Rizal Halim,  Panglima Eelz (pengaruh besar dalam wa punya rig ni) ,
           YJB, Oja axis.....

Dream guitar : Kh2 vintage (masih on target tp tataw bila/Kira duit tabung)





NAMA :ALEXDUSUN
UMUR: 34
GUITAR: IBANEZ AW300ECE NT
RIG: ZOOM G5
AMP:AER COMPACT 60/30
IDOLA: JOE SATRIANI, DHALIF ALI, TOMMY EMMANUEL
DREAM GUITAR: IBANEZ EGEN18
GN:0093
Nama: Ahmad Rozaiman Abdullah.Fb: freako miko doko.  
Umur:28 tahun
                                               
Guitar: Prs SE custom 24 Anniversary, baby taylor BT2,yamaha c40.                   
Rig: line 6 pod x3 dekstop + mkii express footswitch,zoom ms50g.             
 Amp: marshall 10 watt.                            
 Idola: Guthrie Govan, Kelly Simonz, Leonardo Guzman,Daniel Gottardo, Takayoshi Ohmura, Jess Lewis, Emil werstler, David Valdes,Mark Morton, Kiko Loreiro,Ozielzinho,Yngwie,Paul Gilbert,Syu-Galneryus,Li Jie,Simon Chong,John William,Sham kamikaze,Shah Slam,Aji,Man Kidal,Samad.
 Dream guitar: Suhr Gg modern maple, Charvel Gg 2nd prototaip 




Monday, 7 October 2013

GN Bertanya... Sham Kamikaze menjawab (pt1)


Siapa tak kenal Sham Kamikaze  ?
Guitarist berasal dari Melaka ini antara guitarist paling top di Malaysia, juga di peringkat Asia sebagai pemuzik pengiring bagi artist hebat terutama Hong Kong. Beliau juga pengarah muzik yang hebat. Kini beliau lebih senang dengan aktiviti dakwah, disamping ada memberi kelas serta terbabit dengan program TV serta rakaman.


Pada kesempatan ini, kita telah memberikan soalan-soalan dari kalangan ahli Guitarist Nusantara untuk diajukan kepada beliau. Selamat membaca dan semoga kita dapat mengambil manfaat bersama.

GN :       Assalamualaikum.Bilakah saudara mula berkecimpung dalam permainan guitar dan    siapakah  guru pertama atau saudara belajar sendiri sahaja?

Sham Kamikaze (SK): Waalaikumsalam.Saya belajar sejak dari umur 12 tahun dari arwah ayah saya.

GN: Siapakah gitar tech anda? Bagaimana sambutan terhadap guitar signature Squire Sham?

SK :  Tech saya ialah Mr Greg Tan. Alhamdulillah,sambutan OK dah 2 kali shipment serta sold out.
GN:   Boleh kongsi tips tak bagaimana nak rakam guitar akustik utk dapat sound terbaik,  Serta apakah software yg saudara guna utk rakaman?

SK :  Selain drp gitar yg baik (projection tone yg baik), mesti guna condenser mic dan mic preamp yang baik, selain daripada room yg bagus. Saya sendiri mengunakan AKG atau Neumann mics, Avalon 737 SP atau Rupert Neve preamp. Untuk rakaman saya Software/ DAW - Cubase 6.5
GN:  Boleh tanya berapakah buah gitar dalam simpanan sekarang? Adakah semuanya 
         Stratocasters? 
SK : (membilang pakai jari) Rasanya lebih kurang 20 plus. Ada yg dah jual kepada ex-students. Variety of models, selain drp Strat, Gibson Les Paul Custom '68, Gibson SG '76, Blade, Ernie Ball Musicman Luke, Taylor, Larrivee, Gibson Chet Atkins, etc.
GN : Siapakah inspirasi anda dalam bermain gitar dan apakah solo guitar paling saudara
        dan apakah solo guitar yang paling digemari?

SK : Inspirasi ramai, antara yg paling berkesan ialah Steve Lukather, Michael Landau, Michael Thompson, Dan Huff, Michel Cusson. Solo banyak best, tak tahu nak pilih.

GN : Sebagai sessionist terkenal apakah kriteria utk jadi sessionist dan Musical Director yg 
         bagus?
SK: Mesti ada vast knowledge dalam muzik. Rajin practise dan dengar banyak reference. 
       Paling penting kena sentiasa baiki diri kita.

GN: Set neck,bolt on,neck thru..yg mana pilihan anda dan kenapa?

SK: Masing-masing ada kelebihannya dan saya suka semua.

GN: Macamana nak sweep picking dengan lancar?
SK : Sweep tak payah risau tentang picking, naturally akan sweep bila kita buat at certain 
        speed, just keep on practising.

GN: Ramai guitarist terkini mengunakan Fractal axe... apa komen saudara? 

SK: Fractal Axe? No comment :-) (senyum)

GN : Anda memiliki valley arts custom pro steve lukather. Apakah kelebihan gitar tersebut..berbanding gitar anda yang lain?
SK:  Valley Arts - 2 piece wood body, ebony fretboard. Gitar ini paling fine dibuat pada zamannya. (Early 90's) Natural sustain yang dihasilkan amat dahsyat.
GN:  Sekerap mana anda menggantikan string gitar anda? String jenama apa yang
         Sham gunakan?

SK: Kalau professional situation, (studio recording/concert) setiap hari.  Saya mengunakan jenama D'Addario.
GN : Sehari berapa jam Sham praktis serta adakah regimen khusus?

SK : Dulu saya biasa practise 18 jam setiap hari,sehari selepas SPM selama lebih 6 bulan. Sight reading, scales/modes,   phrashing, etc.
GN : Tak inginkah merakam album solo ke seperti album ketuhanan memandangkan saudara sekarang aktif dalam dakwah?
SK : Insyaallah (senyum lagi)
GN: Bilakah  kali terakhir Sham membeli gitar?
SK : Kali terakhir, saya beli Silent Guitar Yamaha tahun lepas sebab selalu bawa Gibson Chet Atkins, org suka pegang2 dan buat ambil gambar. (senyum)
GN : Sham seorang guitarist hebat tapi ada tak lagu paling susah nak mainkan/cover?

SK : Pergh... Lagu paling susah? Banyak lagu drp album band UZEB (cekidaut)

GN : Flyod rose & fix bridge yg mane pilihan anda..
SK : Dua-dua saya suka, tengok keadaanlah.
GN : Nak tanya Sham minat tak music Jazz atau Blues?
SK :  Sudah tentu! Saya membesar dgn muzik jazz, ayah saya mengajar jazz sejak umur saya 12 tahun. Saya belajar rock dan blues sendiri :-) Favorite blues guitarist : Larry Carlton, Robben Ford. 

Begitulah untuk part 1 kita bersama Sham Kamikaze.. jika ada lagi soalan2 sila email ke guitaristnusantara@gmail.com

Saturday, 5 October 2013

KAEDAH MUDAH MERAKAM AUDIO MENGGUNAKAN SONY VEGAS PRO (pt3)

*sambungan pt2




   4.  MEMULAKAN RAKAMAN

4.1   Sebelum memulakan rakaman audio, anda perlu pastikan SVP12 mendapat signal yang betul daripada alat perakam dan instrument/gitar anda. Mengandaikan gitar anda telah dipasangkan dgn betul pada alat perakam anda, sila lihat Imej 10 berikut:-





Imej 10 : No.1 Menunjukkan signal diterima oleh SVP12 dengan baik. No.2 menunjukkan “Input Meter”. Pastikan Input Meter TIDAK MENJADI WARNA MERAH seperti di atas. Laraskan level input anda sewajarnya agar “clipping atau peak” terjadi untuk mengelakkan BUNYI PECAH pada rakaman audio anda nanti.

4.2   Selesai melaraskan signal dan input level, pastikan bahawa cursor track berada betul2 pada permulaan track. Lihat Imej 11.




Imej 11 : Untuk memastikan cursor track anda berada di permulaan track, tekan ikon pada No.1 di atas. Apabila anda benar2 sudah bersedia utk merakam audio, tekan ikon nombor 2.





1.1   Apabila ikon no.2 pada Imej 10 di atas ditekan, anda akan melihat SVP12 sedang merakam audio anda seperti pada Imej 12.





Imej 12 : Proses rakaman sedang berjalan. Untuk menghentikan rakaman, tekan ikon stop.


5.       MENGGUNAKAN AUDIO FX

5.1   Apabila anda selesai merakam audio, anda boleh mengenakan FX pada audio track anda sama ada menggunakan FX SVP12 sendiri mahupun 3rd party VST. Dalam tutorial ini, saya akan tunjukkan cara asas menambahkan FX SVP12 sahaja.

5.2   Rujuk pada Imej 13. Klik pada ikon “Event FX” (dalam bulatan merah).




Imej 13 : Ikon Event FX terdapat pada penghujung setiap track audio/video