Search This Blog

Saturday 5 October 2013

KAEDAH MUDAH MERAKAM AUDIO MENGGUNAKAN SONY VEGAS PRO (pt3)

*sambungan pt2




   4.  MEMULAKAN RAKAMAN

4.1   Sebelum memulakan rakaman audio, anda perlu pastikan SVP12 mendapat signal yang betul daripada alat perakam dan instrument/gitar anda. Mengandaikan gitar anda telah dipasangkan dgn betul pada alat perakam anda, sila lihat Imej 10 berikut:-





Imej 10 : No.1 Menunjukkan signal diterima oleh SVP12 dengan baik. No.2 menunjukkan “Input Meter”. Pastikan Input Meter TIDAK MENJADI WARNA MERAH seperti di atas. Laraskan level input anda sewajarnya agar “clipping atau peak” terjadi untuk mengelakkan BUNYI PECAH pada rakaman audio anda nanti.

4.2   Selesai melaraskan signal dan input level, pastikan bahawa cursor track berada betul2 pada permulaan track. Lihat Imej 11.




Imej 11 : Untuk memastikan cursor track anda berada di permulaan track, tekan ikon pada No.1 di atas. Apabila anda benar2 sudah bersedia utk merakam audio, tekan ikon nombor 2.





1.1   Apabila ikon no.2 pada Imej 10 di atas ditekan, anda akan melihat SVP12 sedang merakam audio anda seperti pada Imej 12.





Imej 12 : Proses rakaman sedang berjalan. Untuk menghentikan rakaman, tekan ikon stop.


5.       MENGGUNAKAN AUDIO FX

5.1   Apabila anda selesai merakam audio, anda boleh mengenakan FX pada audio track anda sama ada menggunakan FX SVP12 sendiri mahupun 3rd party VST. Dalam tutorial ini, saya akan tunjukkan cara asas menambahkan FX SVP12 sahaja.

5.2   Rujuk pada Imej 13. Klik pada ikon “Event FX” (dalam bulatan merah).




Imej 13 : Ikon Event FX terdapat pada penghujung setiap track audio/video
 




 

2 comments: