Search This Blog

Wednesday, 3 October 2012

Ameer Firdaus- Bakal Pelapis Persada Muzik Tempatan


Kali ini, kami ingin mendekati bakat-bakat muda yang bakal menyinar di persada muzik tempatan. Bak kata orang dulu-dulu, patah tumbuh hilang berganti. Bakat yang akan diketengahkan kali ini ialah saudara Ameer Firdaus. Beliau merupakan pelajar fakulti Muzik UiTM, Shah Alam. Dilahirkan tanggal 24 Februari 1988, mula belajar bermain guitar pada usia 15 tahun.

GN: Assalamualaikum Ameer

AF : Waalaikumsalam Bang.

GN : Cerita sikit style permainan serta influence AF.

AF: style permainan: anything goes,hehehe...saya hantam semua..idola saya pula ialah Paul Gilbert to Rizal Halim to Jason Becker to Oja Axis.

GN: AF sangat Paul Gilbert, dah agak mesti beliau idola no1 AF.Boleh kongsi sikit mcmna boleh study music di UiTM?

AF: sebab cita2 nak jadi sessionist guitarist. dan juga sebab sgt mnat dgn ilmu muzik. parent pun kasi lampu hijau, jadi terus apply ke uitm fakulti muzik


 GN: Katakan macam saya ni, minat nak main Jazz, apa nasihat AF pada saya?

AF: mula2 kena tau ape tu bossa, swing, bebop sbb permainan die lain2... tau rhythm dulu.. main lagu senang2 dulu contoh blue bossa, autumn leaves, all of me, dont get around much anymore..pastu kena tau 7th chord ke atas,diminish, minor7b5dan lain-lain tu..fahamkan progression contoh yg wajib ade II-V-I untuk solo tackle part ni dulu

GN: biase jazz tone mcmna set up rig dia?

AF: simple je,kalau boleh dapat semi hollow lagi bagus..pastu pakai tali tebal2 skit.amp clean je all the way. Mid kasi paling banyak...treble ngan bass ikut telinga,yang penting jgn tajam dan biasa org turunkan tone kat gitar tp jgn sampai muddy sangat nanti tak dengar apa kita main.

GN: Kalau bantai jek main chromatic bley kira jazz ke?

AF: Chromatic mmg extra flavor jazz.Tapi kena tau mana nak letak la.Mcm guthrie govan ckp, it's not only about the notes but how u put the notes that's important. Yang penting nak main jazz, study piece tu.Tau chord ape sume, sbb jazz selalu sgt tak resolve dalam diatonic punye sequence.Bile die modulate, kita kena ikut skali.

GN: Awesome explanation.Blues jazz ke jazz blues?

AF: Hehehe,  blues jazz.

GN: Ok lah ameer nak kena study, jadi last but not least apa guitar pertama ?

AF:  Rhythm guitar (lebih kurang kapok) sudah hilang tinggal kat kolej der..

Begitulah temubual ringkas bersama beliau. Sama-sama kita doakan kejayaan beliau.


No comments:

Post a Comment