Search This Blog

Sunday, 6 May 2012

Kenali CEO Guitarist Nusantara

Yong Joe Black, satu nama yang tidak asing lagi dikalangan GNers sekalian. Individu yang bertanggungjawab dengan 'The Business Side' of Guitarist Nusantara.Banyak mengorbankan masa,tenaga dan wang bagi memastikan Guitarist Nusantara bergerak lancar. Beliau juga merupakan seorang guitarist yang sangat handal serta pernah menjadi tenaga pengajar.Mari kita kenali CEO kita.

Assalamualaikum Encik Yong. 
Waalaikumsalam...  Jemput masuk, Sembang dalam ni lagi sesuai, tiada gangguan.

Terima Kasih, jadi kita datang ni sebab nak wawancara sikit, boleh ka?
Boleh, tiada masalah, jangan tanya pasal gossip peribadi sudah. muekekekekeke.



Cuba cerita sedikit macamanayang  boleh join GN group ni?
Saya join group GN bila saya buka FB akaun dan bergaul dgn rakan Group dalam bloods yg boleh dikatakan semuanya adalah Gn members terutama saudara Panglima Eelz,Max Sayuthi ,Ieqbal dan ramai lagi.Yang paling menarik minat saya apabila melihat kolabrasi pertama GN .sayangnya, saya tak dan,tak sempat join kolabrasi waktu tu. (GN sudah membuat dua kali kolaborsi,dimana kita mengabungkan guitarist2 untuk solo dan diedit oleh Max Sayuthi  menjadi sebuah video kolaborasi- Eelz)

Oh, jadi begitulah ye. Apa pendapat Yong tentang GN serta aktivitinya? Apakah harapan anda tentang masa depan GN ini?
GN adalah satu platform yang sangat sihat untuk mengumpul semua pemuzik terutamanya gitaris tidak kira samada beginner atau pun profesional untuk saling bertukar pendapat dari segi pembelajaran gitar itu sendiri sehingga ke bab sound serta teknikal.
Harapan saya agar GN akan menjadi satu gergasi yang besar dan kukuh dalam industri muzik disamping memertabatkan lagi mutu muzik di negara kita.


Besar harapan tu ada Sepatah dua kata untuk ahli GN samada nasihat atau tips untuk memajukan diri..
 Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah berdaftar sebagai ahli rasmi GN dan mengalu-alukan agar lebih ramai lagi turut serta sebagai ahli rasmi untuk memudahkan kita sama-sama mengadakan aktiviti-aktiviti boleh menberi kesan yang positif dari masa ke semasa.
Tips saya amat mudah iaitu apa bila kita semua bersatu kita akan menjadi badan yang kuat dari segala segi.

Semua orang menyangka anda peminat tegar Yngwie J. Malmsteen. Selain YJM siapa lagi idola anda dan selain strat apakah guitar impian anda?

(ketawa kecil) Memang tidak dinafikan saya memang peminat tegar YJM tetapi saya juga meminati ramai lagi gitaris seperti Joe Satriani,Steve Vai ,Ritchie Blackmoore,Jimi Hendrix,Kirk Hammet,Gary Moore,Dave Murray.Vinnie More dan ramai lagi juga gitaris tempatan seperti Man Keedal, Arwah Samad Lefthanded, Opie Bloodshed,Rosli Muhalim,King Shah dan lain-lain lagi.
Bagi gitar strat saya mengumpul siri 70an reissue serta berminat untuk mengumpul lebih ramai lagi seperti american series serta signatures series yang lain.
Saya juga berminat pada ESP(KH2 & MII), Ibanez dan juga Gibson gitar...




Menarik tuu.... boleh cerita sikit pengalaman bermain kenduri kawin semasa anda di Perlis dan bagaimana ini dapat membantu permainan anda?
Pengalaman bermain kenduri kahwin sangat indah kerana ia membantu tahap konfiden saya dari segi persembahan saya di depan orang ramai serta penyakit darah gemuruh dapat diatasi dan pengalaman paling istimewa bila band kami terpaksa mengikut penyanyi undangan yang menyanyi off key serta tempoh serta kami dimarahi sesudah itu dgn kata seperti .band ni jarang praktis nih.Tapi ini adalah asam garam seseorang pemuzik ,sabar ja lah,muekekke....

 Hahaha, memang asam garam pemuzik..Adakah anda pernah mengidap GAS (Gear Acquiring Syndrome)? muekekekeke..
Gas,saya adalah salah seorang yang mengidapnya .Sangat sukar untuk membendung penyakit ni Dah cuba ubati cara moden dan tradisional pun tak baik-baik lagi ni!


Ye lah, memang tak dinafikan ramai kita mengidap penyakit GAS ni,Ramai pemuzik tak pandai mengurus finance mereka, mungkin anda ada sedikit nasihat sebelum kita akhiri temubual dan pi pekena Nasi Kandaq...
Dalam bab Finance ni setiap pemuzik disarankan menyediakan satu formula untuk mengira duit masuk serta duit keluar dari show serta perbelanjaan yang terlibat.Apa yang saya lakukan ialah menengepikan 20-30 persen dari duit show atau apapun berkaitan dgn muzik disimpan serta menabung.Ini untuk persediaan di hari depan sekiranya tak ada show yang masuk .Apa pun seorang pemuzik itu harus tahu kos yang terpaksa ditanggung serta mengendalikan wangnya sebaik mungkin.
terimakasih Majulah GN untuk semua ♥♥♥. Love All Serve All!










5 comments:

  1. jules de verne7 May 2012 at 08:09

    right on YJB...keep on rockin.....

    ReplyDelete
  2. Muekekek utk bro YJB..
    Love all serve all..
    GN MEMANG TERBAIK..

    ReplyDelete
  3. Assalam..saye berminat nak masuk Gners Ni,tapi pakai Guitar Dars murah Je Boleh Ke.?nak belajar ilmu..mintak tolong Whatsapp Saye...0149734312...dan saye ada kawan2 yang Terer Bermain Guitar,mungkin diorang berminat nak masuk GNERS.

    ReplyDelete
  4. Macam mana nak daftar ahli gitar nusantara

    ReplyDelete