Search This Blog

Tuesday, 6 March 2012

Macamana nak cipta lagu

Saya bukan seorang profesional dalam mencipta lagu ni, tapi saya percaya seperti mengarang pantun,sajak,cerpen dsb semua orang ada kemampuan untuk mencipta lagu atau sekurang2nya melodi yang pendek.

Saya rasa tiada peraturan yg ketat atau proses yang sama bagi setiap indidvidu. Disini saya cuma nak kongsi cara saya buat lagu. Tak semestinya semua ikut cara yang sama dan tak semestinya lagu yang kita rasa sedap semua pun rasa begitu. Yang penting bagi saya, buat lagu ni sebagai satu medium untuk meluahkan rasa/emosi/nasihat dsb.

MELODI,MELODI,MELODI.

1) Kadang idea ni datang seperti sebuah tema, katakan kita nak buat lagu cinta ataupun lagu tentang keadaan semasa sebagai contoh jadi kita akan ada 'feel' atau rasa tersebut. Contoh kita nak buat lagu cinta yang tangkap syahdu, kita hampir pasti akan guna progresi minor... apatah lagi kalau key Dminor memang lah akan tangkap leleh punya. Jadi kalau kita dah ada tema , mudah sikit kita nak agak kord2 yg akan kita guna dan melodi syahdu kita.

2) Memandangkan kerja harian saya yang memerlukan saya memandu beratus2 KM sehari maka ketika memandu kadang saya akan hum melodi2 yang pendek2. Melodi ni tak kira, kadang2 melodi untuk vokal, kadang2 utk guitar, malahan bass pun ada. Jadi kalau saya dapat melodi yg pada saya menarik..dengan pantas akan keluarkan HP dan rakam melodi tersebut. Bila balik rumah barulah akan cari notes serta progresi kord yg sesuai utk melodi tersebut. Saya rasa hampir 70% lagu saya adalah dari kaedah ni. Jadi, jangan lupa merakam, kalau tak... nescaya pasti terlupa.

3) Saya juga suka strum guitar dan guna progresi kord yang pelik ataupun tak ikut progresi yang biasa mcm C-Am-F-G. Sebagai contoh saya strum Bm-Bsus-D7-G7-Bflat-C-Gm. kemudian cuba dapatkan melodi. Sudah tentu melodi kita akan rasa pelik,malah janggal tapi itu yang saya suka, anda boleh cuba terutama kalau otak dah jam,takde idea dah.

4) Sekarang lupakan apa yang saya kata pada perkara 3). Saya juga kadangkala guna kord progresi biasa macam 1-11-1v atau 11-111-1 TETAPI saya pastikan melodinya tak sama dengan melodi diluar sana, dan saya percaya practise makes perfect... lagi byk kita buat lagu lagi mudah kita nak dapat melodi2 ni.

Kita juga perlu tahu struktur lagu.Disitu baru kita boleh mengatur bentuk lagu kita. Maksud saya dengan struktur lagu adalah seperti:

a) Verse
b) Pre Chorus
c) Chorus
d) Bridge

dan tak semesti sebuah lagu kena ada kesemua diatas... ada setengah lagu cuma ada verse saja. atau verse dan chorus saja.

artikel dari FB GN

2 comments: