Search This Blog

Saturday, 3 March 2012

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi harga sebuah guitar?

Ramai yang tak tahu bagaimana harga sesebuah guitar itu dinilai. Kenapa Fender mahal dari Schecter misalnya...sama juga guitar juga maaa , antara dialog yang biasa kita dengar dari mereka yang tak tahu atau tak mahu tahu. Ok, di sini saya nak share pengetahuan/pendapat saya mengenai hal ini.
Yang pertama, faktor paling penting ialah di mana guitar itu di buat. Sudah tentu guitar dari USA mahal dari guitar buatan Indonesia. Sama juga dengan barangan lain kerana kos buruh. Orang US gaji mahal dari orang di China,Indonesia dan sebagainya. Tapi perlu diingat walau demikian kualiti guitar buatan luar USA sudah semakin baik (improve org putih kata) dengan baik dan dalam masa sama harga juga semakin murah berbanding guitar buatan Amerika.
Faktor kedua ialah barangan mentah atau komponen. Kayu-kayu yang  best yang amat disukai semakin 'rare' seperti kayu keras tropikal yang bukan sahaja cantik, malah ada struktur menyumbang kepada tone yang mantap. Guitar yang murah pula menggunakan kayu-kayan yang lebih murah. Perlu diingat faktor ni adalah kos paling besar dalam pembuatan guitar.
Faktor ketiga adalah detail atau kesempurnaan , contohnya guitar dari custom shop yg di buat khas menggunakan tenaga manusia yang paling mahir dalam pembuatan dimana boleh dikatakan sangat sempurna. Katakan 2 buah strat satu dari model standard ,satu customshop... dari jauh nampak sama, tetapi bila diperhati dengan terperinci banyak besa dari sekecil nut hingga ke leher guitar, badan dsb. Sudah tentu kesempurnaan ni juga akan diterjemah dengan tone yang mantap dan keselesaan bermain.
Komponen yang baik dan juga tambahan seperti Grover® tuners atau Floyd-Rose® tremolojuga akan menambah kepada kos. Tetapi kalau nak barang baik memang la terpaksa berkorban wang. ye dak?
Dan faktor akhir tetapi amat penting adalah Pick up yang digunakan seperti Seymour-Duncan®. Sudah tentu pick up bermutu tinggi akan berharga lebih mahal. Ok sampai di sini dahulu. Amat teruja untuk mendengar komen anda semua

10 comments:

  1. bro nk tnye.. klu psal drum? adakah bro ada pendapat yg bole di kongsi kan??

    ReplyDelete
  2. alahai pasal drum.. kurang pengetahuam

    ReplyDelete
  3. Wahhh.Detail lagi Bro.Bagus juga buat tambah lagi info pergitaran dalam Bahasa Melayu tercinta ni.

    ReplyDelete
  4. ya..kami akan cuba.. terima kasih

    ReplyDelete
  5. ok xpew bro.. klu psal drum kurang.. ni nk tnye psal gitar.. mcm mne nk benar2 pasti kan intonation tu tepat?? ade care yg lbih menarik?? cume ingin tahu klu2 ade care len. :D

    ReplyDelete
  6. nnti kita akan buat artikel berkaitan itu.

    ReplyDelete
  7. satu lagi faktor gitar mahal ; cukai :D

    ReplyDelete
  8. boleh tolong list-kan x kayu yg terbaik utk gitar. maksudnya, dari kayu paling mahal(best) smpai yg paling murah =)

    ReplyDelete