Atas permintaan ramai, kita menyambung lagi sessi kita bersama Sham Kamikaze yang kita sudah memasuki bahagian 3. Tanpa membuang masa kita teruskan dengan temubual kita. Bahagian satu serta Bahagian dua boleh dibaca di sini.
GN : Assalamualaikum Sham. Nak sambung sikit untuk temubual pt 3 serta utk promo sikit Guitar clinic. Boleh kan?
SK : Waalaikumsalam, boleh..boleh.
GN: Baru2 ni telah diadakan Fender day di bentley dimana saudara juga
terlibat. Bagaimana sambutan
serta apa pendapat saudara tentang masa depan Fender? Yang mana sekarang
begitu banyak syarikat guitar lain yang lebih modern dan murah dari Fender.
SK : Alhamdulillah, sambutan amat baik :-) Sebagaimana yang kita ketahui,
Fender ialah salah sebuah syarikat pembuat gitar elektrik yang terawal,
yang telah menyaksikan ribuan gitar hero dan gitaris dilahirkan atas
sebab gitar ini. Insya Allah Fender akan tetap unggul dalam kelasnya
yang tersendiri walau bagaimana hebat pun saingan daripada syarikat
pengeluar gitar yang moden kerana Fender tidak pernah terkenal kerana
kemodenannya, sebaliknya disebabkan ciri2 'vintage'nya. Masing2 ada
kelebihan tersendiri :-)
GN: Begitulah jawapan seorang duta! Stratocaster telah mencapai usia 60 tahun pada tahun ini. Komen sikit.
SK: Strat telah mencapai satu tahap di mana ianya tidak perlu dipertikai
atau dibandingkan dengan mana2 gitar lain. Lihat saja kepada
'Strat-style guitar' yang mana patentnya diambil daripada Strat,
sekaligus membuktikan bahawa walaupun pengeluar gitar lain cuba
menghasilkan pelbagai design body dan headstock yang unik dan pelbagai,
kita masih melihat design ala Strat oleh pembuat gitar yang mahsyur
seperti Valley Arts, James Tyler, John Suhr, dll. Selepas 60 tahun,
Strat tetap unggul dan kekal dengan identitinya, di samping melahirkan
legend seperti John Mayer, Eric,Jeff dan lain lain lagi lah.
GN: Di internet sekarng begitu banyak lesson serta video yang mudah
didapati untuk anak2 muda sekarang belajar tentang guitar. Relevan
lagikah kelas2 muzik ? Adakah saudara masih mengajar kelas guitar dan
muzik?
SK: Memang benar kita lihat di internet, begitu banyak guitar
tutorial/lesson oleh pelbagai gitaris diupload. Dalam konsep
pembelajaran ilmu, ilmu MESTI dipelajari secara one to one, iaitu
berguru. Perlu wujud suasana pembelajaran yang interaktif dan efektif,
dengan Q&A dll. Kaedah belajar menerusi internet tidak juga salah
100%, cuma ia lebih bermanfaat jika kita benar2 faham dan arif dalam
memahami dan menterjemahkan apa yang diajar oleh mereka. Sebagai contoh,
seseorang pelajar yang sedang mempelajari sesuatu scale tidak akan
faham tentang kewujudan scale tersebut secara tepat, melainkan hanya
dapat memainkan scale tersebut sebagaimana yang ditunjukkan. Sebab itu,
lebih ramai golongan 'copyist' dilahirkan sejak dulu berbanding dengan
inventor/innovator sesuatu style/genre muzik. Lihat bagaimana Steve Vai
berguru secara one to one dengan Frank Zappa telah mencorakkan siapa Vai
hari ini di persada muzik antarabangsa. Guru tidak akan mengajar
muridnya untuk menjadi seperti beliau, tetapi menunjukkan kaedah dan
jalan dalam memahami sesuatu, seterusnya menggalakkan mereka untuk
mencari atau membina identiti sebenar masing2.
GN: Guitarist Nusantara berminat untuk lebih proaktif dalam menyampaikan
ilimu2 berkaitan guitar, muzik, seni merakam. Apa pendapat saudara serta
nasihat tentang 'direction' yg perlu GN lakukan? di Malaysia umpamanya acara seperti guitar klinik telah sering dijalankan,
manakala di barat pula banyak diadakan 'rock camp' atau 'music camp'
dimana artist ternama seperti Nikki Sixx, Gene Simmons, Paul Gilbert dan sebagainya
terlibat. Bolehkah kita buat juga konsep ini disini?
SK: GN boleh mengambil langkah2 seperti menganjurkan Guitar Camp secara
berkala, bukan hanya 'bermusim' seperti setahun sekali sebagai
permulaan. Sebagai contoh, konsep Summer Camp di Berklee College Of
Music, Boston boleh dibuat untuk pelajar2 dari seluruh dunia
menghadirinya setiap tahun. Mungkin di Malaysia kita boleh buat ikut
pecahan zon dan camp dilakukan 3 bulan sekali dengan lebih sistematik
agar manfaat sepenuhnya dapat dikongsikan dengan seluruh warga gitaris
di Malaysia. Konsep Guitar Camp lebih berkesan daripada klinik/workshop
biasa kerana ia lebih panjang dan melibatkan kerjasama di antara
tutor/fasilitator dengan peserta. Di US, UK, bahkan di Indonesia, konsep
seperti ini telah lama diwujudkan. Insya Allah kita boleh cuba tak lama
lagi. (sambil tersenyum penuh makna)
GN: Macam studio Jamming tumbuh bagai cendawan selepas hujan dimana-mana sekarang
namun perniagaan tak dapat 'sustain' kerana tak balik modal. Pendapat
saudara adakah orang kurang minat jamming atau harga terlalu rendah/
tinggi? Selain jam apalagi yang boleh studio2 ni buat untuk menjana
pendapatan.
SK: Masyarakat kita sudah terbiasa dengan penjimatan dan free gift (sambil senyum) Mungkin perlu wujud lebih awareness campaign agar masyarakat kita lebih
menghargai usaha pengusaha jamming studio yang mana perniagaan ini
sebenarnya bukanlah satu perniagaan yang menguntungkan, bahkan turn
overnya juga sangat lambat ye Ilham ye.Insya Allah kita boleh bangkitkan isu ini
setiap masa yang termampu. Studio jamming juga boleh mengambil langkah
proaktif dengan menganjurkan Music/Guitar Camp, di samping turut sama
menyedarkan musicians tentang kewujudan mereka dengan lebih berkesan
Insya Allah.
- Diharap pemilik studio Jamming tidak akan berputus asa malahan terus-menerus memberikan service terbaik,ok -
GN: Bukan menjadi rahsia lagi GN ingin menjemput saudara untuk menganjurkan
'guitar clinic' dan Insyaallah harapan ini akan tercapai bulan Oktober
ini bermula di Pulau Pinang dan seterusnya
harap ke kota2 lain. Apakah yang boleh diharapkan oleh peserta2 klinik
ini (expectations) serta ilmu apa yang akan saudara kongsikan atau
mungkin saudara ingin mengajukan soalan yg sama pada peserta2 kita ?
SK: Insya Allah saya akan bawakan konsep Guitar Camp di mana para peserta
digalakkan membawa gitar masing2 untuk kita sama2 berkongsi apa sahaja
ilmu yang bermanfaat. Selain daripada aspek teori dan teknikal, kita
juga akan membincangkan masalah yang paling common di kalangan gitaris
iaitu "tak dapat cari sound" Betul tak? Kan? Walaupun dengan amp/pedal yang
sederhana, Insya Allah kita dapat result yang optimum apabila kita tahu
cara mengendalikan sesuatu effect/amp dengan pemahaman tentang asas
audio.
GN: Sebelum penutup, apakah projek2 muzik saudara terkini yang mungkin boleh dikongsi untuk peminat-peminat?
SK : Sekarang saya sedang produce sebuah album yang melibatkan artis2 seperti
Mel Wings, Aishah dan Ali XPDC. Juga dalam proses memulakan album solo
yang lama tergendala tu. Insya Allah ada kejutan dengan kemunculan
guest guitarists terkemuka dari Malaysia dan antarabangsa.
GN : Album solo ni yg ramai tak tahan! All instrumental or campur2.
SK : Instrumental semua Insya Allah . Salam.
GN : Salam. Jazakallah. hanya Allah membalas.
Demikianlah semua, sedikit sebanyak intro kepada aktiviti yang Insyaallah akan kita jalankan tidak lama lagi. Kita akan mulakan di Pulau Pinang acara 'Guitar Klinik" dan kalau permintaan memuaskan "Guitar Camp". Jumpa anda semua disana ok!!!