Ilhamz Negatif Studio (salah satu vendor GN) akan menganjurkan
Guitar Camp bersama saudara Shamril Salleh . Bertempat di studio
mereka di Bertam,Kepala Batas, Pulau Pinang (-012 4764839)
Bayaran hanya sebanyak RM35.00, hubungi nombor tertera diatas bagi menempah tempat masing2.
Event akan berlangsung dari pukul 2pm - 6pm.
Selain itu, pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan GN workshirt, pre order dibuka sekarang
. Hubungi 012-4939152 untuk menempah. Harga promosi RM70 (tidak termasuk pos)
Search This Blog
Wednesday, 26 August 2015
Saturday, 27 September 2014
Video Promo Guitar Camp GN
Bayaran sebanyak RM 50.00 boleh dibuat ke akaun Maybank Ilham Mohtar - 151052029525 sebelum tarikh tutup pada 5/10/2014. Sertakan gambar resit sebagai bukti secara whatapps /wechat ke 012-4939151 atau email ilhamcp@gmail.com. Sertakan nama penuh serta no IC bagi sijil.
Aturcara (secara am)
18/10/2014 bertempat di Ilhamz Negatif Studio, Bertam
Kepala Batas, Penang.
2pm - 3.00pm : Klinik Guitar
3.00pm - 4pm : Sound dan Tone
Break Asar berjemaah dan Jamuan Ringan
4.45pm-6pm : Praktikal II
6pm : Bersurai
* diminta membawa guitar2 masing2

Wednesday, 17 September 2014
Bengkel Seni Guitar Bersama Sham Kamikaze
Sila Klik di sini dan sini .
Bayaran sebanyak RM 50.00 boleh dibuat ke akaun Maybank Ilham Mohtar - 151052029525 sebelum tarikh tutup pada 5/10/2014. Sertakan gambar resit sebagai bukti secara whatapps /wechat ke 012-4939151 atau email ilhamcp@gmail.com. Sertakan nama penuh serta no IC bagi sijil.
Aturcara (secara am)
18/10/2014 bertempat di Ilhamz Negatif Studio, Bertam
Kepala Batas, Penang.
2pm - 3.30pm : Klinik Guitar
3.30pm - 4pm : Sessi soalan dan Praktikal I
Break Asar berjemaah dan Jamuan Ringan
4.45pm-6pm : Praktikal II
6pm : Bersurai
* diminta membawa guitar2 masing2
Bayaran sebanyak RM 50.00 boleh dibuat ke akaun Maybank Ilham Mohtar - 151052029525 sebelum tarikh tutup pada 5/10/2014. Sertakan gambar resit sebagai bukti secara whatapps /wechat ke 012-4939151 atau email ilhamcp@gmail.com. Sertakan nama penuh serta no IC bagi sijil.
Aturcara (secara am)
18/10/2014 bertempat di Ilhamz Negatif Studio, Bertam
Kepala Batas, Penang.
2pm - 3.30pm : Klinik Guitar
3.30pm - 4pm : Sessi soalan dan Praktikal I
Break Asar berjemaah dan Jamuan Ringan
4.45pm-6pm : Praktikal II
6pm : Bersurai
* diminta membawa guitar2 masing2
Wednesday, 3 September 2014
Sham Kamikaze (pt3) and Guitarist Nusantara Guitar Clinic.
Atas permintaan ramai, kita menyambung lagi sessi kita bersama Sham Kamikaze yang kita sudah memasuki bahagian 3. Tanpa membuang masa kita teruskan dengan temubual kita. Bahagian satu serta Bahagian dua boleh dibaca di sini.
GN : Assalamualaikum Sham. Nak sambung sikit untuk temubual pt 3 serta utk promo sikit Guitar clinic. Boleh kan?
SK : Waalaikumsalam, boleh..boleh.
GN: Baru2 ni telah diadakan Fender day di bentley dimana saudara juga
terlibat. Bagaimana sambutan
serta apa pendapat saudara tentang masa depan Fender? Yang mana sekarang
begitu banyak syarikat guitar lain yang lebih modern dan murah dari Fender.
SK : Alhamdulillah, sambutan amat baik :-) Sebagaimana yang kita ketahui,
Fender ialah salah sebuah syarikat pembuat gitar elektrik yang terawal,
yang telah menyaksikan ribuan gitar hero dan gitaris dilahirkan atas
sebab gitar ini. Insya Allah Fender akan tetap unggul dalam kelasnya
yang tersendiri walau bagaimana hebat pun saingan daripada syarikat
pengeluar gitar yang moden kerana Fender tidak pernah terkenal kerana
kemodenannya, sebaliknya disebabkan ciri2 'vintage'nya. Masing2 ada
kelebihan tersendiri :-)
GN: Begitulah jawapan seorang duta! Stratocaster telah mencapai usia 60 tahun pada tahun ini. Komen sikit.
SK: Strat telah mencapai satu tahap di mana ianya tidak perlu dipertikai
atau dibandingkan dengan mana2 gitar lain. Lihat saja kepada
'Strat-style guitar' yang mana patentnya diambil daripada Strat,
sekaligus membuktikan bahawa walaupun pengeluar gitar lain cuba
menghasilkan pelbagai design body dan headstock yang unik dan pelbagai,
kita masih melihat design ala Strat oleh pembuat gitar yang mahsyur
seperti Valley Arts, James Tyler, John Suhr, dll. Selepas 60 tahun,
Strat tetap unggul dan kekal dengan identitinya, di samping melahirkan
legend seperti John Mayer, Eric,Jeff dan lain lain lagi lah.
GN: Di internet sekarng begitu banyak lesson serta video yang mudah
didapati untuk anak2 muda sekarang belajar tentang guitar. Relevan
lagikah kelas2 muzik ? Adakah saudara masih mengajar kelas guitar dan
muzik?
SK: Memang benar kita lihat di internet, begitu banyak guitar
tutorial/lesson oleh pelbagai gitaris diupload. Dalam konsep
pembelajaran ilmu, ilmu MESTI dipelajari secara one to one, iaitu
berguru. Perlu wujud suasana pembelajaran yang interaktif dan efektif,
dengan Q&A dll. Kaedah belajar menerusi internet tidak juga salah
100%, cuma ia lebih bermanfaat jika kita benar2 faham dan arif dalam
memahami dan menterjemahkan apa yang diajar oleh mereka. Sebagai contoh,
seseorang pelajar yang sedang mempelajari sesuatu scale tidak akan
faham tentang kewujudan scale tersebut secara tepat, melainkan hanya
dapat memainkan scale tersebut sebagaimana yang ditunjukkan. Sebab itu,
lebih ramai golongan 'copyist' dilahirkan sejak dulu berbanding dengan
inventor/innovator sesuatu style/genre muzik. Lihat bagaimana Steve Vai
berguru secara one to one dengan Frank Zappa telah mencorakkan siapa Vai
hari ini di persada muzik antarabangsa. Guru tidak akan mengajar
muridnya untuk menjadi seperti beliau, tetapi menunjukkan kaedah dan
jalan dalam memahami sesuatu, seterusnya menggalakkan mereka untuk
mencari atau membina identiti sebenar masing2.
GN: Guitarist Nusantara berminat untuk lebih proaktif dalam menyampaikan
ilimu2 berkaitan guitar, muzik, seni merakam. Apa pendapat saudara serta
nasihat tentang 'direction' yg perlu GN lakukan? di Malaysia umpamanya acara seperti guitar klinik telah sering dijalankan,
manakala di barat pula banyak diadakan 'rock camp' atau 'music camp'
dimana artist ternama seperti Nikki Sixx, Gene Simmons, Paul Gilbert dan sebagainya
terlibat. Bolehkah kita buat juga konsep ini disini?
SK: GN boleh mengambil langkah2 seperti menganjurkan Guitar Camp secara
berkala, bukan hanya 'bermusim' seperti setahun sekali sebagai
permulaan. Sebagai contoh, konsep Summer Camp di Berklee College Of
Music, Boston boleh dibuat untuk pelajar2 dari seluruh dunia
menghadirinya setiap tahun. Mungkin di Malaysia kita boleh buat ikut
pecahan zon dan camp dilakukan 3 bulan sekali dengan lebih sistematik
agar manfaat sepenuhnya dapat dikongsikan dengan seluruh warga gitaris
di Malaysia. Konsep Guitar Camp lebih berkesan daripada klinik/workshop
biasa kerana ia lebih panjang dan melibatkan kerjasama di antara
tutor/fasilitator dengan peserta. Di US, UK, bahkan di Indonesia, konsep
seperti ini telah lama diwujudkan. Insya Allah kita boleh cuba tak lama
lagi. (sambil tersenyum penuh makna)
GN: Macam studio Jamming tumbuh bagai cendawan selepas hujan dimana-mana sekarang
namun perniagaan tak dapat 'sustain' kerana tak balik modal. Pendapat
saudara adakah orang kurang minat jamming atau harga terlalu rendah/
tinggi? Selain jam apalagi yang boleh studio2 ni buat untuk menjana
pendapatan.
SK: Masyarakat kita sudah terbiasa dengan penjimatan dan free gift (sambil senyum) Mungkin perlu wujud lebih awareness campaign agar masyarakat kita lebih
menghargai usaha pengusaha jamming studio yang mana perniagaan ini
sebenarnya bukanlah satu perniagaan yang menguntungkan, bahkan turn
overnya juga sangat lambat ye Ilham ye.Insya Allah kita boleh bangkitkan isu ini
setiap masa yang termampu. Studio jamming juga boleh mengambil langkah
proaktif dengan menganjurkan Music/Guitar Camp, di samping turut sama
menyedarkan musicians tentang kewujudan mereka dengan lebih berkesan
Insya Allah.
- Diharap pemilik studio Jamming tidak akan berputus asa malahan terus-menerus memberikan service terbaik,ok -
GN: Bukan menjadi rahsia lagi GN ingin menjemput saudara untuk menganjurkan
'guitar clinic' dan Insyaallah harapan ini akan tercapai bulan Oktober
ini bermula di Pulau Pinang dan seterusnya
harap ke kota2 lain. Apakah yang boleh diharapkan oleh peserta2 klinik
ini (expectations) serta ilmu apa yang akan saudara kongsikan atau
mungkin saudara ingin mengajukan soalan yg sama pada peserta2 kita ?
SK: Insya Allah saya akan bawakan konsep Guitar Camp di mana para peserta
digalakkan membawa gitar masing2 untuk kita sama2 berkongsi apa sahaja
ilmu yang bermanfaat. Selain daripada aspek teori dan teknikal, kita
juga akan membincangkan masalah yang paling common di kalangan gitaris
iaitu "tak dapat cari sound" Betul tak? Kan? Walaupun dengan amp/pedal yang
sederhana, Insya Allah kita dapat result yang optimum apabila kita tahu
cara mengendalikan sesuatu effect/amp dengan pemahaman tentang asas
audio.
GN: Sebelum penutup, apakah projek2 muzik saudara terkini yang mungkin boleh dikongsi untuk peminat-peminat?
SK : Sekarang saya sedang produce sebuah album yang melibatkan artis2 seperti
Mel Wings, Aishah dan Ali XPDC. Juga dalam proses memulakan album solo
yang lama tergendala tu. Insya Allah ada kejutan dengan kemunculan
guest guitarists terkemuka dari Malaysia dan antarabangsa.
GN : Album solo ni yg ramai tak tahan! All instrumental or campur2.
SK : Instrumental semua Insya Allah . Salam.
GN : Salam. Jazakallah. hanya Allah membalas.
Demikianlah semua, sedikit sebanyak intro kepada aktiviti yang Insyaallah akan kita jalankan tidak lama lagi. Kita akan mulakan di Pulau Pinang acara 'Guitar Klinik" dan kalau permintaan memuaskan "Guitar Camp". Jumpa anda semua disana ok!!!
Thursday, 28 November 2013
Gathering GN 2013 di Sibu Sarawak
Pada 16 November 2013 lalu, telah berlangsung satu acara gilang gemilang yang dianjurkan oleh Guitarist Nusantara iaitu Majlis Pertemuan/Gathering GN 2013 untuk negeri Sarawak. Pada tahun ini, Bandar Sibu telah dipilih majority dalam satu undian online yang telah berlangsung sebulan sebelum tarikh Gathering dan dipilih oleh ahli-ahli GN sendiri.
Bertempat di Rafie Cafe, iaitu sebuah kedai makan dan juga pusat jualan barangan dan pertemuan kumpulan motosikal berkuasa tinggi, penulis lihat sebagai satu tempat yang amat sesuai, santai dan tidak ketinggalan cirri-ciri ‘rock’nya.
Seramai 50 orang ahli GN telah menghadiri acara ini yang bermula pada jam 2 petang. Seawal jam 11 pagi, ahli-ahli GN yang terlibat telah mula hadir untuk setting peralatan dan juga untuk tujuan soundcheck bagi ahli GN yang bakal beraksi. CEO GN iaitu Yong Joe Black tidak dapat menghadirkan diri pada kali ini walaupun tiket kapalterbang telah beliau book seawall sebulan sebelum majlis. Ini adalah kerana beliau terpaksa pulang ke kampong untuk Ibu beliau yang dimasukkan ke hospital. Walaubagaimanapun, GNers Sarawak amat bertuah kerana seorang lagi admin GN dan juga salah seorang ikon di dalam kumpulan ini, iaitu Oja Axis turut hadir member sokongan beliau dan juga mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturahim dikalangan GNers. Selain itu, beliau juga menawarkan khidmat beliau untuk membuat ‘live’ recording session di sepanjang majlis itu.
Tepat jam 12 petang, pengerusi majlis iaitu Ajis Projam, telah memulakan majlis dengan ucapan aluan dan seterusnya menjemput semua ahli-ahli yang hadir dan juga rakan/keluarga mereka untuk menjamu selera. Para GNers nampaknya betul-betul menjiwai sesi makan tengahari sambil beramah mesra antara satu sama lain.
Seterusnya, acara diteruskan dengan satu persembahan dari seorang Master gitar dari Sarawak iaitu Daniel Ading. Beliau menghiburkan dan memperlihatkan penguasaan teknik gitar beliau pada GNers yang hadir dengan menggoreng satu instrumental yang cukup padu dan bertenaga dari ‘Liquid Tension Experiment’ bertajuk ‘Paradigm Shift’.
Sejurus itu, seorang GNer dari Kanowit iaitu, Edward James juga telah mempersembahkan satu instrumental yang tidak asing lagi di kalangan GNers iaitu ‘The Loner’ dari Mendiang Gary Moore. Acara turut dimeriahkan dengan persembahan-persembahan hebat dari GNers lain seperti Bonifes Chuyu Barau, Freako Miko dan GN kali ini amat beruntung mendapat sokongan dari band-band tempatan seperti The Crew, One Last Song & kumpulan kugiran yang comel dan rocking (semua anggotanya perempuan), iaitu The Swan Angels.
Kemeriahan majlis makin terasa apabila kumpulan Masterpiece iaitu satu ikon rock di Sarawak hadir member sokongan dan mempersembahkan dua buah lagu yang amat berbisa dan bertenaga. Pihak GN amat beruntung dan terharu di atas sokongan mereka. Begitu juga dengan persembahan dari gabungan beberapa orang musician berpengalaman yang mempersembahkan lagu Pelesit Kota. Aura persembahan mereka dapat dirasai diseluruh blok bangunan tersebut.
Oja Axis kemudiannya dipohon untuk menyanyikan sebuah lagu sebagai penghormatan kepada beliau sendiri atas kesudian beliau untuk datang dari jauh. Vokal beliau yang merdu amat mewarnai mood majlis pada petang itu.
Acara kemuncak adalah pada jam 4 petang diaman acara G5 telah berlangsung yang mempamerkan 5 orang gitaris GNers bersama-sama berkongsi pentas untuk mempersembahkan 2 buah instrumental. Dalam guitar duel secara 5 individu ini, masing-masing telah mempamerkan semangat dan kecintaan mereka dalam muzik, yang mana menghasilkan satu persembahan harmoni gitar yang sangat menghiburkan dan membuka minda semua yang hadir pada petang itu. GNers yang terlibat di dalam G5 adalah Oja Xis, Daniel Ading, Bujang Kesindap, Will Masterpiece dan Freako Miko. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka ketika beraksi dan satu semangat yang kental dan beterusan daoat dirasai dan dikongsi oleh semua GNers yang hadir.
Secara kesimpulan, Majlis Gathering Guitarist Nusantara untuk negeri Sarawak 2013, adalah satu usaha yang amat dibanggakan dan telah Berjaya mencapai objektif untuk menggabungkan, menyatupadukan dan memeriahkan industry dan kegilaan terhadap instrument gitar. Apa yang lebih penting adalah kerjasama, semangat pasukan, dan pengalaman yang ditimba oleh seluruh GNers yang hadir.
Pihak GN amat berterima kasih kepada saudara Ajis dari Projam Studio atas usaha keras beliau dalam menjayakan majlis terutama dari sokongan peralatan muzik dan penat lelah beliau dan krew-krewnya. Begtu juga, setinggi-tinggi terima kasih kepada Rafie Cafe atas kesudian dan sokongan mereka untuk menggunakan premis mereka untuk majlis ini. Tidak lupa juga untuk merakamkan satu penghargaan kepada band Masterpiece, The Crew, One Last Song, Swan Angels dan satu band rojak (lagu Pelesit Kota) di atas sokongan, kerjasama dan kesudian mereka untuk memeriahkan majlis. Juga terima kasih kepada RNR Music di atas sokongan dan cenderamata yang comel dari mereka untuk pihak GN.
Akhir sekali, jutaan terima kasih buat GNers yang hadir dan memriahkan majlis. Tanpa anda semua, semua ini adalah mustahil dan terima kasih juga untuk persahabatan dan hubungan yang sihat ini. Diharap majlis ini dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan lebih banyak pembaharuan dan kita harapkan lebih ramai GNers yang hadir dari seluruh pelusuk Nusantara ini.
Sekian, terima kasih.

Friday, 15 November 2013
GNer Video Collaboration 2013
Sebuah video kolaborasi guitar dikalangan Gner telah diterbitkan di chanel youtube iaitu Gnsters TV.
Video serta backing track disediakan tak lain dan tak bukan oleh Oja yang sangat hebat. Ramai menyumbangkan solo masing-masing sehingga terpaksa upload sebanyak 3 kali!
Anda boleh melihat video tersebut di link berikut :
Gners Video Collaboration 2013
Terima Kasih pada semua yang terlibat!
Monday, 4 November 2013
Aktiviti GN Utara
Pada 2hb November telah berlangsung acara Jamming Santai bagi ahli GN kawasan Utara. Bertempat di studio Azimat di Laguna Merbuk, Sungai Petani,Kedah, Turut hadir admin Oja Axis serta Yong Joe Black. Jamming dijalankan selama 3 jam. Pelbagai lagu standard di mainkan seperti lagu2 Metallica (kamon....) , Sejati, Lil Wings dan lain2.
Seterusnya acara disambung lagi di Azimat Cafe dengan acara jam santai akustika. Dimulai dengan CEO kita..lepas tu semua tak mau melepaskan peluang dan hampir2 tak mahu balik. Acara berterusan sehingga 3 pagi. Dalam masa yang sama kita telah berbincang dengan vendor baru iaitu azimat studio,azimat cafe serta A & R studio. Alhamdulillah bertambah lagi vendor kita.
Video ini menceritakan sebahagian aktiviti yang berlaku. Terima Kasih bagi semua yang hadir dan harap akan berjumpa lagi pada 21hb December depan.
Seterusnya, keesokan hari iaitu Ahad .. 3 November telah berlangsung kelas asas rakaman bersama saudara Oja Axis. Diadakan di A & R studios bermula jam 12 tengahari sehingga 12 tengah malam.
Pembelajaran berkisar tentang peralatan, software ,cara merakam, mixing serta pelbagai tips berkaitan. Sebuah lagu baru dirakam khas semasa pembelajaran ini dengan working title - Arrazzku Sayang. Nantikan kemunculan lagu ni nanti. Sangat hebat produksi Oja.
Akhir kata Terima Kasih pada para admin, Azimat group of companies, saudara Jan dari A & R studios dan semua GNers yang menyertai. bak kata CEO kita love all, serve all.. till next time.

Subscribe to:
Posts (Atom)