Search This Blog

Saturday 27 September 2014

Video Promo Guitar Camp GN





Bayaran sebanyak RM 50.00 boleh dibuat ke akaun Maybank Ilham Mohtar - 151052029525 sebelum tarikh tutup pada 5/10/2014. Sertakan gambar resit sebagai bukti secara whatapps /wechat ke 012-4939151 atau email ilhamcp@gmail.com. Sertakan nama penuh serta no IC bagi sijil.

Aturcara (secara am)
18/10/2014 bertempat di Ilhamz Negatif Studio, Bertam
Kepala Batas, Penang.
2pm - 3.00pm : Klinik Guitar
3.00pm - 4pm : Sound dan Tone
Break Asar berjemaah dan Jamuan Ringan
4.45pm-6pm : Praktikal II
6pm : Bersurai
* diminta membawa guitar2 masing2

Wednesday 17 September 2014

Bengkel Seni Guitar Bersama Sham Kamikaze

Sila Klik di sini dan sini .



Bayaran sebanyak RM 50.00 boleh dibuat ke akaun Maybank Ilham Mohtar - 151052029525 sebelum tarikh tutup pada 5/10/2014. Sertakan gambar resit sebagai bukti secara whatapps /wechat ke 012-4939151 atau email ilhamcp@gmail.com. Sertakan nama penuh serta no IC bagi sijil.


Aturcara (secara am)

18/10/2014  bertempat di Ilhamz Negatif Studio, Bertam
                     Kepala Batas, Penang.

2pm - 3.30pm        : Klinik Guitar
3.30pm - 4pm        : Sessi soalan dan Praktikal I

Break Asar berjemaah dan Jamuan Ringan

4.45pm-6pm          : Praktikal II
6pm                      : Bersurai

* diminta membawa guitar2 masing2 



Wednesday 3 September 2014

Sham Kamikaze (pt3) and Guitarist Nusantara Guitar Clinic.


Atas permintaan ramai, kita menyambung lagi sessi kita bersama Sham Kamikaze yang kita sudah memasuki bahagian 3. Tanpa membuang masa kita teruskan dengan temubual kita. Bahagian satu serta Bahagian dua boleh dibaca di sini.

GN : Assalamualaikum Sham. Nak sambung sikit untuk temubual pt 3 serta utk promo sikit Guitar clinic. Boleh kan?

SK : Waalaikumsalam, boleh..boleh.

GN: Baru2 ni telah diadakan Fender day di bentley dimana saudara juga terlibat. Bagaimana sambutan serta apa pendapat saudara tentang masa depan Fender? Yang mana sekarang begitu banyak syarikat guitar lain yang lebih modern dan murah dari Fender.

SK : Alhamdulillah, sambutan amat baik :-) Sebagaimana yang kita ketahui, Fender ialah salah sebuah syarikat pembuat gitar elektrik yang terawal, yang telah menyaksikan ribuan gitar hero dan gitaris dilahirkan atas sebab gitar ini. Insya Allah Fender akan tetap unggul dalam kelasnya yang tersendiri walau bagaimana hebat pun saingan daripada syarikat pengeluar gitar yang moden kerana Fender tidak pernah terkenal kerana kemodenannya, sebaliknya disebabkan ciri2 'vintage'nya. Masing2 ada kelebihan tersendiri :-)

GN: Begitulah jawapan seorang duta! Stratocaster telah mencapai usia 60 tahun pada tahun ini. Komen sikit.
SK: Strat telah mencapai satu tahap di mana ianya tidak perlu dipertikai atau dibandingkan dengan mana2 gitar lain. Lihat saja kepada 'Strat-style guitar' yang mana patentnya diambil daripada Strat, sekaligus membuktikan bahawa walaupun pengeluar gitar lain cuba menghasilkan pelbagai design body dan headstock yang unik dan pelbagai, kita masih melihat design ala Strat oleh pembuat gitar yang mahsyur seperti Valley Arts, James Tyler, John Suhr, dll. Selepas 60 tahun, Strat tetap unggul dan kekal dengan identitinya, di samping melahirkan legend seperti John Mayer, Eric,Jeff dan lain lain lagi lah.

GN: Di internet sekarng begitu banyak lesson serta video yang mudah didapati untuk anak2 muda sekarang belajar tentang guitar. Relevan lagikah kelas2 muzik ? Adakah saudara masih mengajar kelas guitar dan muzik?
SK:  Memang benar kita lihat di internet, begitu banyak guitar tutorial/lesson oleh pelbagai gitaris diupload. Dalam konsep pembelajaran ilmu, ilmu MESTI dipelajari secara one to one, iaitu berguru. Perlu wujud suasana pembelajaran yang interaktif dan efektif, dengan Q&A dll. Kaedah belajar menerusi internet tidak juga salah 100%, cuma ia lebih bermanfaat jika kita benar2 faham dan arif dalam memahami dan menterjemahkan apa yang diajar oleh mereka. Sebagai contoh, seseorang pelajar yang sedang mempelajari sesuatu scale tidak akan faham tentang kewujudan scale tersebut secara tepat, melainkan hanya dapat memainkan scale tersebut sebagaimana yang ditunjukkan. Sebab itu, lebih ramai golongan 'copyist' dilahirkan sejak dulu berbanding dengan inventor/innovator sesuatu style/genre muzik. Lihat bagaimana Steve Vai berguru secara one to one dengan Frank Zappa telah mencorakkan siapa Vai hari ini di persada muzik antarabangsa. Guru tidak akan mengajar muridnya untuk menjadi seperti beliau, tetapi menunjukkan kaedah dan jalan dalam memahami sesuatu, seterusnya menggalakkan mereka untuk mencari atau membina identiti sebenar masing2.

GN: Guitarist Nusantara berminat untuk lebih proaktif dalam menyampaikan ilimu2 berkaitan guitar, muzik, seni merakam. Apa pendapat saudara serta nasihat tentang 'direction' yg perlu GN lakukan? di Malaysia umpamanya acara seperti guitar klinik telah sering dijalankan, manakala di barat pula banyak diadakan 'rock camp' atau 'music camp' dimana artist ternama seperti Nikki Sixx, Gene Simmons, Paul Gilbert dan sebagainya terlibat. Bolehkah kita buat juga konsep ini disini?
SK:  GN boleh mengambil langkah2 seperti menganjurkan Guitar Camp secara berkala, bukan hanya 'bermusim' seperti setahun sekali sebagai permulaan. Sebagai contoh, konsep Summer Camp di Berklee College Of Music, Boston boleh dibuat untuk pelajar2 dari seluruh dunia menghadirinya setiap tahun. Mungkin di Malaysia kita boleh buat ikut pecahan zon dan camp dilakukan 3 bulan sekali dengan lebih sistematik agar manfaat sepenuhnya dapat dikongsikan dengan seluruh warga gitaris di Malaysia. Konsep Guitar Camp lebih berkesan daripada klinik/workshop biasa kerana ia lebih panjang dan melibatkan kerjasama di antara tutor/fasilitator dengan peserta. Di US, UK, bahkan di Indonesia, konsep seperti ini telah lama diwujudkan. Insya Allah kita boleh cuba tak lama lagi. (sambil tersenyum penuh makna)

GN:  Macam studio Jamming tumbuh bagai cendawan selepas hujan dimana-mana sekarang namun perniagaan tak dapat 'sustain' kerana tak balik modal. Pendapat saudara adakah orang kurang minat jamming atau harga terlalu rendah/ tinggi? Selain jam apalagi yang boleh studio2 ni buat untuk menjana pendapatan.
SK:  Masyarakat kita sudah terbiasa dengan penjimatan dan free gift (sambil senyum) Mungkin perlu wujud lebih awareness campaign agar masyarakat kita lebih menghargai usaha pengusaha jamming studio yang mana perniagaan ini sebenarnya bukanlah satu perniagaan yang menguntungkan, bahkan turn overnya juga sangat lambat ye Ilham ye.Insya Allah kita boleh bangkitkan isu ini setiap masa yang termampu. Studio jamming juga boleh mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Music/Guitar Camp, di samping turut sama menyedarkan musicians tentang kewujudan mereka dengan lebih berkesan Insya Allah.

- Diharap pemilik studio Jamming tidak akan berputus asa malahan terus-menerus memberikan service terbaik,ok -

GN: Bukan menjadi rahsia lagi GN ingin menjemput saudara untuk menganjurkan 'guitar clinic' dan Insyaallah harapan ini akan tercapai bulan Oktober ini bermula di Pulau Pinang dan seterusnya harap ke kota2 lain. Apakah yang boleh diharapkan oleh peserta2 klinik ini (expectations) serta ilmu apa yang akan saudara kongsikan atau mungkin saudara ingin mengajukan soalan yg sama pada peserta2 kita ?
SK:  Insya Allah saya akan bawakan konsep Guitar Camp di mana para peserta digalakkan membawa gitar masing2 untuk kita sama2 berkongsi apa sahaja ilmu yang bermanfaat. Selain daripada aspek teori dan teknikal, kita juga akan membincangkan masalah yang paling common di kalangan gitaris iaitu "tak dapat cari sound" Betul tak? Kan?  Walaupun dengan amp/pedal yang sederhana, Insya Allah kita dapat result yang optimum apabila kita tahu cara mengendalikan sesuatu effect/amp dengan pemahaman tentang asas audio.

GN: Sebelum penutup, apakah projek2 muzik saudara terkini yang mungkin boleh dikongsi untuk peminat-peminat?
SK : Sekarang saya sedang produce sebuah album yang melibatkan artis2 seperti Mel Wings, Aishah dan Ali XPDC. Juga dalam proses memulakan album solo yang lama tergendala tu. Insya Allah ada kejutan dengan kemunculan guest guitarists terkemuka dari Malaysia dan antarabangsa.
GN :  Album solo ni yg ramai tak tahan! All instrumental or campur2.
SK :  Instrumental semua Insya Allah . Salam.
 GN : Salam. Jazakallah. hanya Allah membalas.

Demikianlah semua, sedikit sebanyak intro kepada aktiviti yang Insyaallah akan kita jalankan tidak lama lagi. Kita akan mulakan di Pulau Pinang acara 'Guitar Klinik" dan kalau permintaan memuaskan "Guitar Camp". Jumpa anda semua disana ok!!!